From Wikipedia, the free encyclopedia
Yosia atau Yosiyahu[lower-alpha 1] ialah Raja Yehuda ke-16 (s. 640 – 609 SM). Menurut Alkitab Ibrani, baginda memulakan reformasi agama dengan menghapuskan penyembahan tuhan selain Yahweh secara rasmi. Sehingga tahun 1990-an, keterangan Alkitab tentang pembaharuan Yosia ini biasanya dianggap lebih kurang tepat, tetapi itu kini banyak diperdebatkan.[1] Menurut Alkitab, Yosia menjadi raja Kerajaan Yehuda pada usia lapan tahun, selepas ayahandanya Raja Amon dibunuh, dan memerintah selama 31 tahun, dari 641/640 hingga 610/609 SM.[2]
Yosia | |
---|---|
Raja Yehuda | |
Pemerintahan | 640–609 SM |
Didahului oleh | Amon |
Diikuti oleh | Yoahas |
Keputeraan | s. 648 SM mungkin Baitulmuqaddis |
Kemangkatan | Tammuz (Julai/Ogos) 609 SM (usia 38–39) Baitulmuqaddis |
Pasangan | Zebuda Hamutal |
Anakanda | Yohanan Yoyakim Zedekia Yoahaz |
Kerabat | Kerabat Daud |
Ayahanda | Amon |
Bonda | Yedida |
Maklumat Yosia hanya diketahui daripada teks alkitabiah; baginda tidak disebut dalam teks-teks sezaman lain yang masih elok dari Mesir atau Babylon, dan tiada bukti kukuh daripada kajian arkeologi, seperti inskripsi yang mengandungi nama baginda, pernah ditemui.[3] Walau bagaimanapun, cap dengan nama "Natan-melekh," nama seorang pegawai pentadbiran di bawah Raja Yosia menurut 2 Raja–Raja 23:11, dari abad ke-7 SM, pernah ditemui di sebuah tapak arkeologi di Baitulmuqaddis. Penemunya percaya cap itu mewakili raja yang disebut dalam 2 Raja-raja 23:11.[4] Selain itu, kebanyakan sarjana percaya Yosia wujud dalam sejarah dan baginda tidak ada dalam catatan kerana tidak banyak dokumen dari zaman itu terpelihara, serta kerana Baitulmuqaddis telah beribu-ribu tahun dijajah, ditakluki, dan dibina semula.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.