From Wikipedia, the free encyclopedia
Yazid bin Abdul Malik atau Yazid II (687-724) ialah khalifah kesembilan Kerajaan Bani Umaiyah yang memerintah dari tahun 720 sehingga kematiannya pada tahun 724. Beliau menggantikan saudaranya Umar bin Abdul Aziz dan memerintah hampir empat tahun sahaja.
Yazid bin Abdul Malik يَزِيد ٱبْن عَبْد الْمَلِك | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah kesembilan Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | 9 Februari 720 – 26 Januari 724 | ||||
Didahului oleh | Umar | ||||
Diikuti oleh | Hisham | ||||
Keputeraan | s. 690/91 Damsyik, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Kemangkatan | 26 Januari 724 (aged c. 33–34) (24 Syaaban 105 AH) Irbid, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Wangsa | Bani Umaiyah | ||||
Ayahanda | Abdul Malik | ||||
Bonda | Atikah binti Yazid | ||||
Agama | Islam |
Yazid merupakan khalifah pertama yang berketurunan Bani Umaiyah dari keluarga kedua-dua ibu bapanya. Bapanya bernama Abdul Malik bin Marwan iaitu khalifah kelima Umaiyah manakala ibunya bernama Atikah binti Yazid.
Sebelum menjadi khalifah, Yazid telah dilantik sebagai gabenor di Jund Dimasyq.[1] Semasa pemerintahan Umar, beliau telah dilantik sebagai pewaris khalifah.
Yazid telah dilantik menjadi khalifah setelah kematian Umar pada tahun 720. Pada mulanya Yazid berusaha untuk meneruskan corak pentadbiran Umar sehingga menimbulkan keresahan dalam keluarga Bani Umaiyah. Mereka seterusnya menghantar 40 orang ulama bagi bersaksi bahawa setiap tindakan khalifah tidak akan dihukum dan dipertanggungjawab.[2] Yazid kemudiannya terpengaruh dengan kesaksian mereka lalu menukar corak pentadbiran khalifah seperti dahulu.
Semasa pemerintahannya, timbul pelbagai pemberontakan terutamanya dalam kalangan Khawarij. Peperangan tercetus antara mereka dengan kerajaan Yazid seterusnya mengakibatkan kematian ketua pihak Khawarij.[3] Tentera Yazid juga berjaya menundukkan pemberontak dari wilayah Iraq.
Pasukan tentera juga telah dihantar ke Armenia, juga kawasan Transoxiana bagi mengukuhkan penguasaan Umaiyah di sana. Misi penaklukan juga diteruskan ke Duci Aquitaine di bawah Empayar Frank namun menerima kekalahan.[4] Di kawasan Armenia, serangan telah dilancarkan ke atas bangsa Khazar dan berjaya menakluk beberapa kawasan sehingga menghampiri Samandar.
Yazid telah meninggal dunia pada tahun 724 setelah hampir empat tahun memerintah dan digantikan dengan Hisham bin Abdul Malik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.