From Wikipedia, the free encyclopedia
Yamamah (Arab: اليَمامَة, rumi: al-Yamāmah ) ialah sebuah kawasan bersejarah di tenggara Najad di Arab Saudi. Ia juga kadangkala digunakan dengan lebih khusus untuk merujuk kepada sebuah kampung purba, Jaw al-Yamamah yang kini sudah pupus, berhampiran al-Kharj, yang namanya digunakan untuk seluruh kawasan itu.
Hanya beberapa negeri pernah terbentuk di Yamamah tetapi ia memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, menjadi kancah Peperangan Riddah sejurus selepas Nabi Muhammad wafat. Walaupun ia menjadi sebahagian daripada kawasan Najad, nama "Yamamah" masih digunakan untuk merujuk kepada sejarah lama dan penting kawasan itu. Ibu pejabat semasa kerajaan Saudi di Riyadh, misalnya, dinamakan Istana Yamamah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.