Agensi Berita Xinhua

From Wikipedia, the free encyclopedia

Agensi Berita Xinhuamap
Remove ads

Agensi Berita Xinhua (Cina ringkas: 新华通讯社; Cina tradisional: 新華通訊社; pinyin: Xīnhuá tōngxùnshè, bahasa Inggeris: Xinhua News Agency) ialah agensi akhbar rasmi kerajaan Republik Rakyat China (PRC) dan pusat pengumpulan maklumat dan persidangan akhbar terbesar di RRC. Selain Xinhua, ada sebuah lagi agensi berita di RRC, iaitu Perkhidmatan Berita China. Xinhua ialah sebuah institusi Majlis Negara China. Xinhua melapor terus kepada Jabatan Publisiti dan Jabatan Penerangan Awam Parti Komunis China.

Fakta Segera Jenis, Negara ...
Remove ads
Fakta Segera Xinhua News Agency, Tulisan Cina Tradisional ...

Xinhua menggunakan tenaga lebih 10,000 pekerja; menempatkan 107 biro di seluruh dunia untuk mengumpul maklumat dari negara lain sambil menyebarkan maklumat mengenai China; mengendali 31 biro China—satu untuk setiap wilayah tambah sebuah biro ketenteraan. Disebabkan kebanyakan akhbar di China tidak mampu menempatkan koresponden di luar negara ataupun di setiap wilayah di China, mereka bergantung pada suapan Xinhua untuk mengisi halaman. Contohnya, akhbar People's Daily menggunakan bahan sumbangan Xinhua untuk mengisi 25% kandungan beritanya. Xinhua ialah sebuah penerbit dan agensi berita yang memiliki lebih 20 suratkhabar dan 12 majalah yang dicetak dalam lapan bahasa: Cina, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Rusia, Portugis, Arab dan Jepun.

Disebabkan penjimatan pembiayaan oleh kerajaan baru-baru ini, agensi ini turut mencari pendapatan dari penglibatan dalam bidang hubungan awam, pembinaan, dan khidmat penerangan.


Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads