From Wikipedia, the free encyclopedia
We're the Millers ialah sebuah filem komedi jenayah Amerika Syarikat 2013 diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber. Ia dibintangi Jennifer Aniston, Jason Sudeikis, Emma Roberts, Will Poulter, Nick Offerman, Kathryn Hahn dan Ed Helms. Ia ditayangkan di Amerika Syarikat pada Ogos 7, 2013 oleh Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema.
We're the Millers | |
---|---|
Pengarah | Rawson Marshall Thurber |
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Barry Peterson |
Disunting oleh | Michael L. Sale |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $37 juta[2] |
Pecah panggung | $270 juta[3] |
Selepas dirompak, peniaga ganja kecil-kecilan, David dipaksa oleh bosnya untuk pergi ke Mexico untuk mengambil ganja. Untuk menambah peluangnya melepasai sempadan, David meminta penari bogel, Rose dan dua remaja tempatan untuk menyertainya dan berpura-pura bahawa mereka sedang bercuti sebagai keluarga.
Filem ini ditayangkan di teater pada Ogos 7, 2013 di Amerika Syarikat,[4] dan pada Ogos 23, 2013 di United Kingdom. Ia ditayangkan pada September 18, 2013 di Perancis dam pada November 8, 2013 di Sepanyol.
We're the Millers mengutip tujuh kali lagi besar daripada bajet mereka sebanyak $37 juta, mengutip $150 juta di Amerika Utara dan $119 juta di peringkat antarabangsa dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $270 juta.[4]
We're the Millers menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 47%, berdasarkan 148 ulasan dengan puraya rating 5.4/10.[5] Metacritic memberi filem ini skor 44 daripada 100, berdasarkan 38 pengkritik.[6]
Pada Februari 25, 2014, New Line Cinema mengumumkan bahawa filem sekuel kepada We're the Millers sedang dibangunkan dengan Adam Sztykiel menulis skrip.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.