Jaringan Sejagat[1] (bahasa Inggeris: World Wide Web, disingkatkan sebagai WWW atau W3[2]), juga dikenali sebagai Web atau Jaringan, ialah sebuah sistem maklumat dokumen hiperteks yang boleh dicapai melalui Internet. Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk meluncuri Sesawang. Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang dikenali sebagai tapak web. Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman lain.

Jaringan Sejagat dicipta oleh Tim Berners-Lee, seorang penyelidik British di CERN, pada tahun 1989.[3][4] Beliau menulis suatu usul bagi memperbaiki sistem komunikasi CERN pada 12 Mac 1989,[5][6] namun kemudian sedar konsep itu boleh dilaksanakan ke seluruh dunia.[7]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.