Tentera Angkasa Amerika Syarikat
Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Angkasa Amerika Syarikat (United States Space Force atau USSF) ialah cabang perkhidmatan angkasa dalam Angkatan Tentera AS. Bersama dengan Tentera Udara AS, ia adalah sebahagian daripada Jabatan Tentera Udara, dipimpin oleh Setiausaha Tentera Udara.[6] Para panglima tenteranya ialah Ketua Operasi Angkasa, yang merupakan salah seorang anggota Ketua Turus Bersama, dan Naib Ketua Operasi Angkasa.
Tentera Angkasa Amerika Syarikat [1] | |
---|---|
![]() Space Force Delta | |
Ditubuhkan pada | 20 Disember 2019 |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Tentera angkasa |
Peranan | Peperangan angkasa |
Saiz | 16,000–22,000 anggota bertugas [2][3] |
Sebahagian daripada | Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Moto | Semper Supra (Sentiasa Di Atas) [4] |
Kawat | The United States Space Force March [5] |
Peringatan | 20 Disember 2019 |
Laman web | www |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat | Presiden Amerika Syarikat |
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat | Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat |
Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat | Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat |
Ketua Operasi Angkasa | Gen B. Chance Saltzman |
Naib Ketua Operasi Angkasa | Gen Michael Guetlein |
Chief Master Sergeant Tentera Angkasa | CMSSF John F. Bentivegna |
Tanda kebesaran | |
Mohor | ![]() |
Delta, Glob, dan Orbit | ![]() |
Bendera | ![]() |
Sebagai sebuah Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang keenam dan termuda, ia merupakan cabang pertama tentera yang ditubuhkan sejak pembentukan Tentera Udara Amerika Syarikat bebas pada tahun 1947.
Sejarah

Pada 01 September 1982, Air Force Space Command telah dibentuk dengan tanggungjawab untuk operasi peperangan angkasa.[7]
Pada 20 Disember 2019, Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump telah mengumumkan penubuhan Tentera Angkasa Amerika Syarikat yang baru dengan menandatangani S.1790, National Defense Authorization Act (NDAA) untuk Tahun Fiskal 2020 di dalam pangkalan tentera Joint Base Andrews, Camp Springs, Prince George's County, Maryland, Amerika Syarikat.[7][8]
Akta tersebut mengarahkan bahawa Air Force Space Command direka semula sebagai sebuah cabang tentera yang bebas dengan nama "Tentera Angkasa Amerika Syarikat" dan menjadikannya sebagai Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang keenam di bawah Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat.[7][8][9][10][11][12]
Hierarki
Susunan pemerintahan Tentera Angkasa Amerika Syarikat dalam sistem hierarki Angkatan Tentera Amerika Syarika.[1]
- Presiden Amerika Syarikat
- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat
- Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat
- Pejabat Ketua Operasi Angkasa
- Space Operations Command
- Space Systems Command
- STAR Command
- Pejabat Ketua Operasi Angkasa
- Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat
- Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat
Organisasi

Unit dan organisasi dalam Tentera Angkasa Amerika Syarikat :[13]
Pejabat Ketua Operasi Angkasa
Ia berfungsi sebagai Pejabat Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan berada di dalam The Pentagon.
- Ketua Operasi Angkasa
- Naib Ketua Operasi Angkasa
- Director of Staff
- Deputy Director of Staff
- Deputy Chief Space Operations for Operations, Cyber, and Nuclear
- Deputy Chief Space Operations for Personnel and Logistics
- Deputy Chief Space Operations for Strategy, Plans, Programs, Requirements and Analysis
- Deputy Chief Space Operations for Technology and Innovation
- Mobilization Assistant
- Director of Staff
- Chief Master Sergeant Tentera Angkasa
- Naib Ketua Operasi Angkasa
Space Operations Command


Unit dan organisasi dengan pangkalan mereka dalam Space Operations Command yang telah diaktifkan pada 21 Oktober 2020 : [14] [15]
Delta
- Space Training And Readiness (STAR) Delta Provisional ; direka semula sebagai STAR Command pada 23 Ogos 2021 ; sekolah untuk Tentera Angkasa AS dan berada di dalam Peterson Space Force Base, Colorado [16]
- Delta 2 : Peterson Space Force Base, Colorado
- Delta 3 : Peterson Space Force Base, Colorado
- Delta 4 : Buckley Space Force Base, Colorado
- Delta 5 : Vandenberg Space Force Base, California
- Delta 6 : Schriever Space Force Base, Colorado
- Delta 7 : Peterson Space Force Base, Colorado
- Delta 8 : Schriever Space Force Base, Colorado
- Delta 9 : Schriever Space Force Base, Colorado
Garrison
- Buckley Garrison : Buckley Space Force Base, Colorado
- Peterson-Schriever Garrison : Peterson Space Force Base, Schriever Space Force Base dan Cheyenne Mountain Space Force Station di Colorado[17]
Space Systems Command

Space Systems Command telah diaktifkan secara rasmi pada 13 Ogos 2021 : [13] [18]
Center
Penjaga peluru berpandu balistik antara benua[19] dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat[20]
- Space Missile Systems Center :
- Los Angeles Air Force Base, California[21]
SLD
Melancarkan kenderaan ke angkasa lepas
- Space Launch Delta 30 :
- Vandenberg Space Force Base, California[22] [23]
- Space Launch Delta 45 :[24]
STAR Command

Space Training And Readiness (STAR) Command ; juga dikenali sebagai "STARCOM" ; bekas STAR Delta Provisional ; direka semula sebagai STAR Command pada 23 Ogos 2021 dan dibahagi kepada 5 bahagian ; pusat pendidikan untuk kadet ahli Tentera Angkasa Amerika Syarikat : [13] [18] [28]
Delta
- Delta 01 : Vandenberg Space Force Base, California
- Delta 10 : United States Air Force Academy, Colorado
- Delta 11 : Schriever Space Force Base, Colorado
- Delta 12 : Schriever Space Force Base, Colorado
- Delta 13 : Maxwell Air Force Base, Alabama
Bajet
Pada 10 Februari 2020, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah meminta $ 15.4 bilion untuk Tentera Angkasa Amerika Syarikat yang termasuk :[29]
- 3 Pelancaran Angkasa Keselamatan Negara ( "National Security Space Launch" ataupun "Evolved Expendable Launch Vehicle" ; juga dikenali sebagai "roket kapal angkasa lepas" ) : $ 1.6 bilion
- 2 Projek Sistem Kedudukan Sejagat Generasi 3 ( GPS III ) : $ 1.8 bilion
- Overhead Berasaskan Overhed Sistem Infelasi Berterusan : $ 2.5 bilion
Keanggotaan
Ahli
Bermula pada 18 Disember 2020, semua ahli Tentera Angkasa Amerika Syarikat telah dikenali sebagai "Guardians".[30] [31]
Anggota
Pada 01 Mei 2020, ia secara rasmi membuka permohonan untuk anggota Tentera Udara Amerika Syarikat memindahkan ke cabangnya.[32][33]
Pada 06 Mei 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan pertamanya di Twitter[34] dan YouTube dengan tajuk "Purpose".[35]
Pada 23 Oktober 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan keduanya di YouTube dengan tajuk "Atmosphere".[36]
Pada 28 Mei 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan ketiganya di YouTube dengan tajuk "Make History".[37] [38]
Pada 13 Ogos 2020, ia ada agak 16,000 orang anggota yang sedang bertugas di Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan ia merancang untuk menambah 6,000 lagi kepada sejumlah 22,0000 orang.[2][3]
Pada 28 Oktober 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan keempat di YouTube dengan tajuk "Origins".[39]
Pakaian
Terdapat 3 jenis pakaian yang digunakan oleh anggota Tentera Angkasa Amerika Syarikat, iaitu: pakaian kadet, pakaian seragam dan pakaian tempur.
Pangkat
Berikut adalah pangkat tentera yang diguna oleh seorang ahli pegawai[40] dan anggota lain-lain pangkat.[41] Bermula pada 01 Februari 2021, ia telah menukar beberapa nama gelaran dan singkatan untuk Lain-lain pangkat dalam cabang tentera ini.[42]
Pegawai
Gaji | O-1 | O-2 | O-3 | O-4 | O-5 | O-6 | O-7 | O-8 | O-9 | O-10 |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Insignia | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pakaian seragam | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gelaran | Second Lieutenant | First Lieutenant | Captain | Major | Lieutenant Colonel | Colonel | Brigadier general | Major General | Lieutenant general | General |
Singkatan | 2d Lt | 1st Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig Gen | Maj Gen | Lt Gen | Gen |
Lencana pangkat NATO | OF-1 | OF-1 | OF-2 | OF-3 | OF-4 | OF-5 | OF-6 | OF-7 | OF-8 | OF-9 |
Lain-lain pangkat
Gaji | E-1 | E-2 | E-3 | E-4 | E-5 | E-6 | E-7 | E-8 | E-9 | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Insignia | (Tiada) | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gelaran | Specialist 1 | Specialist 2 | Specialist 3 | Specialist 4 | Sergeant | Technical Sergeant | Master Sergeant | Senior Master Sergeant | Chief Master Sergeant | Command Chief Master | Chief Master Sergeant Tentera Angkasa | Senior Enlisted Advisor Chairman |
Singkatan | Spc1 | Spc2 | Spc3 | Spc4 | Sgt | TSgt | MSgt | SMSgt | CMSgt | CCM | CMSSF | SEAC |
Lencana pangkat NATO | OR-1 | OR-2 | OR-3 | OR-4 | OR-5 | OR-6 | OR-7 | OR-8 | OR-9 | OR-9 | OR-9 | OR-9 |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.