From Wikipedia, the free encyclopedia
Ulser peptik, ulser perut atau ulser gastrik , juga dikenali sebagai PUD (bahasa Inggeris: peptic ulser disease ),[1] merupakan rekahan yang ketara di dalam mukosa perut yang diakibatkan oleh kesan-kesan kaustik oleh asid dan pepsin di dalam lumen. Secara histologi, ulser peptik dikenali pasti sebagai nekrosis pada mukosa yang menyebabkan lesi yang berukuran 0.5 cm (1/5 inci) ke atas. Ia merupakan ulser yang paling umum bagi kawasan salur gastrousus yang biasanya bersifat asid dan oleh itu amat menyakitkan. Helicobacter pylori adalah salah satu punca utama ulser peptik. Ulser juga boleh disebabkan oleh diparahkan oleh ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen, dan lain-lain NSAID.[2]
Ulser peptik timbul duodenum, iaitu bahagian pertama usus kecil, sejurus selepas perut, empat kali ganda berbanding perut itu sendiri. Sekitar 4% ulser gastrik disebabkan oleh tumor malignan (berbahaya), maka diperlukannya biopsi berbilang kali untuk menidakkan barah. Ulser duodenum biasanya benigna (tidak berbahaya).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.