UiTM Kampus Segamat merupakan salah satu daripada kampus Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'azim, Malaysia. Kampus ini merupakan kampus utama dan menempatkan pengurusan eksekutif negeri, manakala Kampus Pasir Gudang merupakan kampus kedua institusi ini di negeri Johor.
UiTM | |
Jenis | Universiti |
---|---|
Rektor | Prof. Dr. Ismail bin Ahmad |
Lokasi | , Johor , Malaysia 2.4880°N 102.7293°E |
Laman sesawang | http://www.johor.uitm.edu.my |
Kampus Segamat merupakan kampus utama UiTM di negeri Johor dan telah mula beroperasi pada tahun 1983. Kampus utama ini menempatkan pentadbiran dan pengurusan eksekutif negeri untuk UiTM Cawangan Johor.
Institut Teknologi MARA Cawangan Johor telah memulakan operasinya pada 15 Disember 1983 di bangunan sementara di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat. Kampus sementara di Bukit Siput ini terletak di KM 5, Jalan Genuang, Segamat dan telah dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada ketika itu, Dato' Abd. Ajib bin Ahmad pada 1 Januari 1984.
Di kampus sementara ini cuma dapat menempatkan seramai 440 orang pelajar sahaja pada satu-satu masa. Memandangkan pengambilan pelajar yang semakin meningkat mengikut Rancangan Malaysia Kelima (RMK - 5), maka pihak ITM telah meminjam Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman untuk dijadikan kolej kediaman dan dikenali sebagai Kolej Temenggong Abdul Rahman.
Mulai bulan Ogos 1986, Kampus ITM Cawangan Johor berpindah secara berperingkat ke kampus sementara di Segamat Baru yang bertentangan dengan Taman Indah, Bukit Siput. Disebabkan kepesatan pembangunan pelajar, Kerajaan Negeri Jjohor berbesar hati menyumbang sebuah kampus tetap ITM Segamat di Batu 8, Jalan Muar-Segamat di atas tanah seluas 200 hektar. Kampus yang siap dibina sepenuhnya pada bulan Januari 1990 ini mampu menampung kapisiti pelajar sehingga 2,500 orang.
Fakulti
Kampus ini menempatkan empat (4) buah fakulti dan satu (1) pusat pengajian iaitu:
- Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
- Fakulti Perakaunan
- Fakulti Sains Komputer dan Matematik
- Fakulti Pengurusan Maklumat
- Akademi Pengajian Bahasa
Program-program akademik
Program Sepenuh Masa
Program-program akademik sepenuh masa yang ditawarkan adalah:
- Program Pra Pengajian Tinggi (Perdagangan)
- Diploma Perakaunan
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Analisis Pelaburan
- Diploma Pengajian Perbankan
- Diploma Sains Komputer
- Diploma Sains Matematik
- Diploma Pengurusan Maklumat
- Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional
- Sarjana Muda Perakaunan
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan Islam
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Pelaburan
- Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod
- UiTM Kampus Pasir Gudang, satu lagi kampus di Johor
- Tapak web rasmi Diarkibkan 2011-09-25 di Wayback Machine
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.