Gadung atau ubi gadung, gadung mabuk, gadung lilin, ubi arak, ubi akas, dan taring pelanduk,[2][3][4] dengan nama saintifik Dioscorea hispida ialah spesies ubi dalam genus Dioscorea yang tempatan dari tropika dan subtropika Asia ke utara Australia.[5] Ubi ini boleh dimakan selepas diproseskan dengan betul. Ubi gadung yang telah diproses enak dimakan bersama kelapa parut ataupun ikan jeruk.[6]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Gadung
Thumb
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. hispida
Nama binomial
Dioscorea hispida
Dennst.[1]
Sinonim[1]
  • Dioscorea daemona Roxb.
  • Dioscorea hirsuta Blume
  • Dioscorea lunata B.Heyne ex Roth
  • Dioscorea mollissima Blume
  • Dioscorea virosa Wall. ex Klotzsch & Garcke
  • Helmia daemona (Roxb.) Kunth
  • Helmia hirsuta (Blume) Kunth
Tutup

Penamaan

Gadung berkait dengan beberapa nama dalam bahasa serumpun seperti gadu (Bima), gadung (Bali, Jawa, Betawi dan Sunda), dan ghâddhung (Madura).[7]

Nama-nama setempat Nusantara lain yang diketahui ialah:[8][7]

Gadung adakalanya diberi nama berbeza mengikut warna dan saiz umbi: gadung berumbi besar dan putih diberi nama gadung punel atau gadung ketan (bahasa Jawa), yang kecil berlekuk-lekuk disebut gadung suntil manakala yang berumbi kuning diberi nama antara lain; gadung kuning, gadung kunyit atau gadung padi.[9]

Penerangan

Ubi gadung ialah tumbuhan beracun dan mampu hidup dalam pelbagai keadaan cuaca.[10] Ia boleh hidup bertahun-tahun lamanya dan amat sukar untuk mati. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang hidup menjalar dan memanjat,[10] serta boleh memanjang sehingga 20 m dengan batangnya yang berduri.[11]

Tumbuhan gadung mempunyai sulur yang merambat dan memanjat dengan panjang 5–20 m. Arah rambatannya selalu berputar ke kiri (melawan arah jam, jika dilihat dari atas). Ciri khas ini membezakannya dari ubi torak (D. esculenta) yang memiliki penampilan mirip namun batangnya berputar ke kanan. Sulur gadung merambat pada tumbuhan berbatang keras.[12]

Batangnya kurus ramping dengan ketebalan 0.5–1 sentimeter, ditumbuhi duri atau tidak, dan berwarna hijau kekelabuan. Daun-daunnya terletak berselang, dengan tiga anak daun menjari, berbentuk bundar telur atau bundar telur songsang, serta tipis bak kertas. Bunga jantan terkumpul dalam tandan di ketiak daun manakala bunga betina menjambak membentuk bulir. Mahkota bunganya berwarna kuning, sulur bunganya berjumlah enam, dan turut berwarna kuning.[7] Umbinya terbentuk dalam tanah, berjumlah banyak dan tak beraturan bentuknya, menggerombol dalam kumpulan hingga selebar 25 cm.[9]

Buahnya tampak berisi berbentuk elips dengan diameter ± 1 cm dan berwarna perang.[7]

Kegunaan

Masakan

Thumb
Krabèe janèng, masakan Aceh daripada Dioscorea hispida.

Ramai orang menjadikan umbinya makanan. Umbi ini beracun sewaktu masih mentah lantaran kandungan saponin dan rafid kalsium oksalat,[perlu rujukan] jadi ia harus diproses terlebih dahulu sebelum dimakan, selalunya dipotong halus menjadi jalur nipis, diisikan ke dalam karung atau jaring, dan ditinggalkan di aliran untuk beberapa hari hingga racunnya keluar.[6] Ia kemudian dikeringkan dan dimasak.

Perubatan

Gadung kini dikaji ciri-ciri kemampuannya membunuh cacing dan serangga, selain daripada kajian bagi menguji keberkesanan perubatan tradisionalnya yang lain.[13]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.