Tupoutoʻa ʻUlukalala
From Wikipedia, the free encyclopedia
Siaosi Manumataongo ʻAlaivahamamaʻo ʻAhoʻeitu Konstantin Tukuʻaho[1] (lahir 17 September 1985) ialah Putera Mahkota Tonga. Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala merupakan yang pertama dalam susunan penggantian takhta pada Mac 2012 apabila ayahandanya Tupou VI menjadi Raja Tonga.[2]

Perkahwinan 2012
Pada 12 Julai 2012, Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini dua pupunya Sinaitakala Fakafanua, dalam satu upacara yang dihadiri 2,000 orang.[2][3] Beliau berusia 26 tahun ketika ini, manakala isterinya berusia 25 tahun.[3] Sinaitakala Fakafanua berada dalam kedudukan ke-26 dalam susunan penggantian takhta Tonga.[3]
Perkahwinan ini menandakan perkahwinan pertama Putera Mahkota Tonga sejak 65 tahun lalu.[3] Upacara ini diadakan di Centennial Church Gereja Bebas Tonga di Nuku'alofa. Terdapat lebih 2,000 hadirin, termasuk keluarga utama Samoa dan Fiji.[2][1] Upacara Maʻutohi, yang meraikan pengeluaran lesen perkahwinan, telah diadakan seminggu lebih awal.[2]
Keturunan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.