Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang (Jawi: تون ڤرڤتيه ڤوتيه بن تون ڤرڤتيه سدڠ) ialah adik Tun Perak serta bendahara Melaka kepada Sultan Mahmud Shah (1488 - 1511).

Apabila Sultan Mansur Shah (1456 - 1477) hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Jingtai. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. [1]

Selepas Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, Sultan Mahmud Shah melantik Tun Perpatih Putih sebagai bendahara Melaka yang baru dan kemudiannya dikenali sebagai Bendahara Putih. [2]

Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, anak Tun Ali, sebagai bendahara Melaka. [2]

Penyandang Terdahulu Bendahara Melaka
ke-6
Penyandang Kemudian
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak
Bendahara Seri Tun Mutahir

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.