Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Maharunnisa binti Tunku Membang.
Tuanku Munawar | |
---|---|
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan IX | |
Pemerintahan | 5 April 1960 - 14 April 1967 |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | Tuanku Abdul Rahman |
Diikuti oleh | Tuanku Ja’afar |
Tunku Laksamana Negeri Sembilan | |
Pemerintahan | April 1937 - April 1960 |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | - |
Diikuti oleh | Tunku Nasir |
Tunku Muda Serting negeri sembilan | |
Pemerintahan | Julai 1934 - April 1937 |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | Tuanku Abdul Rahman |
Diikuti oleh | Tuanku Ja’afar |
Keputeraan | Tunku Munawari ibni Tunku Abdul Rahman 29 Mac 1922 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British |
Kemangkatan | 14 April 1967 45) Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia | (umur
Pemakaman | Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan |
Pasangan | Tunku Ampuan Durah |
Anakanda |
|
Wangsa | Pagar Ruyung |
Ayahanda | Tuanku Abdul Rahman |
Bonda | Tuanku Ampuan Maharum binti Tunku Mambang |
Agama | Islam Sunni |
Almarhum Tuanku Munawir telah diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan di Sekolah King George V, Seremban. Seterusnya baginda telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di School of Oriental & African Studies (SOAS) di London, UK.
Baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun setelah ayahanda baginda menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tunku Laxamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun.
Tuanku Munawir juga pernah menjadi Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda berangkat ke luar negara. Dan kali kedua semasa ayahanda baginda diangkat sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama bermula tanggal 3 September 1957 hingga 5 April 1960.
Baginda seterusnya menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan apabila ayahanda baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama.
Adinda baginda iaitu Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 selepas kemangkatan baginda. Ketika kemangkatan baginda, anakanda baginda berusia 18 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar adinda baginda, Tuanku Ja’afar menaiki takhta dan dengan perkenan muafakat Majlis Undang Yang Empat telah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Besar menggantikannya.
Anakanda baginda, Tuanku Muhriz pula merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja’afar yang mangkat pada 27 Disember 2008.
Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 1940.
Hasil perkahwinan baginda dengan Tunku Ampuan Durah, baginda berdua memperoleh 5 orang puteri dan seorang putera.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.