TripleNoize merupakan sebuah kumpulan hip hop Singapura, terdiri daripada Iswady Idris (Dusty-Dii), Sri Raam (Mr Chan) dan Shahfii Ali (F2).[1][2] Single pertama mereka, "Mak Minah" yang dimuatkan dalam album sulung mereka, From Where We Sit telah melonnjakkan nama kumpulan ini, bukan sahaja di negara kelahiran mereka, malah juga di Malaysia.[3]

Fakta Segera Berasal dari, Genre ...
TripleNoize
Berasal dariSingapura
GenreHip hop, rap
Tahun aktif2000–2014, 2021–kini
Syarikat rakaman
Mouse Records
Pengkarya berkait
Imran Ajmain, Taufik Batisah
Ahli
  • Sri Raam (Mr Chan)
  • Shahfii Ali (F2)
Bekas ahli
  • Iswady Idris (Dusty-Dii)
Tutup

Sejarah

TripleNoize menjejak kaki ke dalam industri muzik Singapura dengan menyertai pertandingan Talentime pada tahun 2001.[4][5][6] Setelah diminati ramai anak anak muda Singapura ketika itu, mereka menghasilkan album pertama mereka yang berjudul From Where We Sit pada 22 Jun 2002, yang mana ia telah terjual sebanyak 3,500 unit.[7] Single pertama mereka yang berjudul "Mak Minah" telah mendapat perhatian di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Dengan lagu itu juga, populariti mereka semakin dikenali di antara 3 negara itu.[8] Mereka juga terkenal menerusi lagu "Sway" nyanyian asal Michael Bublé, yang mana lagu itu dipersembahkan dalam versi hip hop.[9] Album kedua dan terakhir mereka, Noizy FM dikeluarkan pada 2004.[10][11][12][13] Setelah mereka berpisah, mereka kembali semula secara sambilan dengan lagu "Seruling Lebaran" pada 2012 dan "Bonda" pada 2014. Menerusi kedua-kedua lagu ini, mereka berduet bersama Aqustiqa dan Mawar Berduri, bekas ahli kumpulan Ahli Fiqir.[2]

Setelah 17 tahun tidak mengeluarkan album, TripleNoize kini kembali dengan single terbaru "I’m Sorry" tetapi mereka kini berdua tanpa Iswady atau lebih dikenali sebagai Dusty-Dii. Mereka akan mengeluarkan single demi single sehingga album terakhir mereka yang dinamakan The Grand Finale.

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...
Tajuk Butiran album Jualan
From Where We Sit 3,500[7]
Noizy FM
  • Dikeluarkan: 4 Disember 2004
  • Label: Beatboxx Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
The Grand Finale
  • Dikeluarkan: 2022
  • Label: Pisrus Music
  • Format: Digital
"—" menunjukkan tiada jualan album diperoleh.
Tutup

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Tajuk Tahun
"Mak Minah" 2002
"Sway"
"Roc Ya Body" 2004
"Bonda" 2012
"Seruling Lebaran" 2014
“I’m Sorry” 2021
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.