Tonoshō, Kagawa
Pekan di Shikoku, Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Pekan di Shikoku, Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Tonoshō (土庄町 , Tonoshō-chō) ialah sebuah pekan dan pelabuhan di Daerah Shōzu, Kagawa, Jepun, dengan populasi 12,915.[1] Pekan ini terletak di pantai barat pulau Shōdoshima—pulau kedua terbesar di Laut Pedalaman Seto—dan ia merupakan akses penumpang utama untuk pulau ini.[2] Mula-mula diduduki sekitar abad ke-8,[3] pusat bandarnya berkembang menjadi jalanan yang kompleks semasa perang zaman Muromachi (1336–1573) untuk menghalang pasukan musuh.[4] Pekan ini secara rasmi diperbadankan pada tahun 1898,[5] dan hari ini minyak bijan, buah zaitun, mi sōmen, memancing dan pelancongan adalah industri penting.[6]
Tonoshō
土庄町 | |
---|---|
Pekan | |
Koordinat: 34°29′N 134°11′E | |
Negara | Japan |
Kawasan | Shikoku |
Wilayah | Wilayah Kagawa |
Daerah | Shōzu |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Kōhei Okada |
Keluasan | |
• Jumlah | 74.38 km2 (28.72 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 12,915 |
• Kepadatan | 170/km2 (450/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+09:00 (JST) |
Alamat dewan bandaraya | 559-2 Kō, Tonoshō-chō, Shōzu-gun, Kagawa-ken 761-4192 |
Laman sesawang | www |
Simbol | |
Bunga | Azalea |
Pokok | Ubame oak (Quercus phillyraeoides) |
Bidang kuasa pekan ini berjumlah 74.38 km²,[3] meliputi Tonoshō yang bersejarah dan penempatan yang lebih kecil di barat Shōdoshima, serta Teshima, Odeshima dan pulau-pulau lain yang berdekatan.[5]
Pekan ini dikenali sebagai latar belakang manga dan anime Karakai Jōzu no Takagi-san dan merupakan kampung halaman penciptanya.[7] Tonoshō turut mengambil bahagian dalam festival seni Setouchi Triennale serantau, dan beberapa pemasangan seni ditemui di kawasan itu.[8]
Tonoshō merupakan sebuah perbandaran kepulauan dengan pulau utamanya merupakan pulau Shōdo dan meliputi kawasan utara pulau itu.
Dalam senarai di bawah, hanya pekan Shodoshima yang bersempadan secara terus. Perbandaran-perbandaran lain terletak seberang laut dengan Tonoshō.
Tonoshō moden merangkumi semua Shodoshima barat, Teshima dan pulau-pulau sekitarnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.