From Wikipedia, the free encyclopedia
Angkatan Darat Persekutuan Rusia (Bahasa Rusia: Сухопутные войска Российской Федерации, tr. Sukhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii) adalah cabang tentera darat dalam Angkatan Tentera Rusia. Ia ditubuhkan selepas pembubaran Angkatan Darat Soviet pada tahun 1992. Meskipun Angkatan Darat Rusia dalam bentuk sekarang berusia sekitar 20 tahun, sejarah tentera Rusia boleh dijejak sehingga era Imperial Rusia semasa zaman Rus' Kiev.
Angkatan Darat Persekutuan Rusia Сухопутные войска Российской Федерации Suhoputnye voyska Rossiyskoy Federatsii | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1992 |
Negara | Rusia |
Jenis | Tentera darat |
Saiz | 350,000 aktif (2017)[1] termasuk Pasukan Airborne |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Rusia |
Markas | Frunzenskaya Embankment 20-22, Moscow |
Penaung | Saint Alexander Nevsky[2] |
Warna | Hijau, Putih dan lain |
Kawat | V Put (Bahasa Melayu: Mari Pergi) |
Peringatan | 1 Oktober |
Pertempuran | Perang Transnistria Perang Saudara Tajikistan Konflik Timur Prigorodny Perang di Abkhazia Krisis perlembagaan Rusia 1993 Perang Chechen Pertama Perang Dagestan Perang Chechen Kedua Perang Rusia-Georgia Pemberontakan di Caucasus Utara Campur tangan tentera di Ukraine[3] Perang Saudara Syria Perang Saudara Iraq Perang Rusia-Ukraine |
Komander | |
Panglima Tertinggi | Jeneral Ketumbukan Oleg Salyukov[4] |
Tanda kebesaran | |
Bendera | |
Lambang tengah | |
Lencana bahu | |
Insignia |
Sejak tahun 1992, meskipun pasukan ini telah mengundurkan beribu-ribu anggota tentera dari bekas perbatasan hadapan bekas Soviet, ia masih terlibat secara langsung di dalam Perang Chechen, operasi pengaman dan lain-lain di negara-negara pengganti Soviet. Paling terkini adalah pertikaian di dalam Perang Ossetia Selatan 2008 dengan pasukan tentera Georgia.
Presiden Rusia adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Markas Utama (Glavkomat) Angkatan Darat, berpusat di Moscow, mengarahkan semua aktiviti. Badan ini telah dibubarkan pada tahun 1997, tetapi di perbaharui oleh Presiden Putin pada tahun 2001 dengan melantik Kolonel Jeneral Nikolai Kormiltsev sebagai panglima tertinggi angkatan tentera darat dan juga sebagai timbalan menteri pertahanan.[5] Kormiltsev menyerahkan jawatan kepada Kolonel Jeneral (kemudian Jeneral Ketumbukan) Alexey Maslov pada 2004, dan dalam penyusunan semula tanggungjawab, Panglima Tertinggi Angkatan Darat kehilangan jawatan sebagai timbalan menteri pertahanan. Seperti Kormiltsev, semasa berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Darat, Maslov dinaikkan pangkat ke Jeneral Ketumbukan.
Pada Januari 2014, pemangku panglima Angkatan Darat Rusia ialah Leftenan Jeneral Sergei Istrakov, yang telah dilantik oleh presiden Rusia Vladimir Putin selepas pemecatan mantan panglima Kolonel Jeneral Vladimir Chirkin atas tuduhan rasuah pada Disember 2013.[6][7] Istrakov menyerahkan jawatan kepada panglima baru pada 2 Mei 2014, Kolonel Jeneral Oleg Salyukov.
Markas Utama Angkatan Darat merangkumi Staf Utama Tentera Darat, dan jabatan-jabatan bagi Pasukan Pengaman, Persenjataan Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Darat, Pelatih Tentera Darat (anggota), Tugas Pengdoktrinan, dan Pendidikan Tentera.[8] Terdapat juga beberapa direktorat yang biasa diperintah oleh Panglima Tertinggi Angkatan Darat dalam kapasitinya sebagai timbalan menteri pertahanan. Ia termasuklah Pasukan Perlindungan NBC Angkatan Tentera, Pasukan Jurutera Angkatan Tentera, dan Pasukan Pertahanan Udara, serta beberapa pasukan lain. Status pemerintahan mereka sekarang tidak diketahui.
Angka yang berikut diperolehi dari http://warfare.be. Angka-angka yang disenaraikan sebagai "Aktif" hanyalah kelengkapan yang dianggap boleh digunakan dan diedarkan dalam perkhidmatan aktif.
Jenis | Aktif | Simpanan |
---|---|---|
Kereta kebal utama | 2,562[9] | ≈12,500[10][11] |
Kenderaan tempur infantri | 3,229[12] | ≈16,500[13][14] |
Pengangkut anggota berperisai | 2,876[15] | ≈5,000[16] |
Artileri tunda | 1,781[17] | |
Artileri gerak sendiri | 2,606[18] | |
Artileri roket | 1,352[19] | |
Sistem SAM | 1,531[20] |
|journal=
(bantuan)Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.