Telefon pintar atau telefon bijak[2] (bahasa Inggeris: smartphone ) adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi.
Pentakrifan
Belum ada kata sepakat dalam industri pembuatan telefon mengenai apa yang difahamkan bila merujuk kepada ciri “kepintaran” sesebuah telefon itu , dan takrifan mengenai telefon sejenis ini berubah dari masa ke semasa. Menurut David Wood, Naib Presiden Eksekutif PT Symbian OS, "Telefon pintar dapat dibezakan daripada genggam biasa dengan dua cara yang fundamental [asas], yakni bagaimana alat-alat ini dibuat dan apa yang bisa dilakukan." Pengertian lainnya memberikan penekanan perbezaan dari dua faktor ini:
"Dengan menggunakan telefon pintar hanya merupakan sebuah hanya evolusi dari jenjang-jenjang evolusi, jadi kemungkinan alat ini pada titik tertentu... akan menjadi lebih kecil dan kita tidak akan menyebutnya sebagai telefon lagi, tetapi ia akan terintegrasi... kesepakatannya di sini adalah untuk menjadikan alat ini betul-betul tersembunyi, antara anda, dan apa yang anda ingin lakukan."
– Sacha Wunsch-Vincent pada Pertubuhan untuk Kerja Sama dan Pembangunan Ekonomi
Kebanyakan alat yang dikategorikan dalam kelas "telefon pintar" ini menggunakan sistem operasi yang berbeza-beza. Dari aspek ciri atau fitur (feature)-nya, kebanyakan telefon sebegini sepenuhnya menyokong kemudahan mel elektronik dengan fungsi pengatur personal yang lengkap. Fungsi lainnya dapat menyertakan miniatur papan kekunci QWERTY, skrin sesentuh atau D-pad, kamera, pengaturan senarai nama kenalan, penghitung kecepatan, navigasi perisian dan perkakasan, kemampuan membaca dokumen bisnes, pemain muzik, pemerhati foto dan klip video, pelayar internet, atau hanya sekadar akses aman untuk membuka mel syarikat atau perusahaan, seperti yang ditawarkan oleh BlackBerry. Fitur yang paling sering ditemukan dalam telefon jenis ini adalah kemampuan menyimpan senarai nama kenalan sebanyak mungkin tanpa batasan maksimum berbanding simpanan dalam telefon mudah alih biasa.
Sejarah perkembangan
Telefon pintar pertama dinamakan Simon; dirancang oleh IBM pada 1992 dan dipamerkan sebagai produk konsep tahun itu di COMDEX, sebuah pameran komputer di Las Vegas, Nevada. Telefon tersebut dipasarkan secara umum pada tahun 1993 dan dijual oleh BellSouth. "Simon" tidak hanya menjadi sebuah telefon bimbit yang buasa, malah juga memiliki kalendar, buku telefon, jam dunia, tempat mencatat, e-mel, keupayaan menghantar dan menerima faks dan permainan. Telefon ini unik dengan ketiadaan tombol, sebaliknya engguna menggunakan skrin sentuh untuk memilih nombor telefon dengan jari atau membuat faksimile dan memo dengan suatu batang lukis atau "stilus". Teks dimasukkan dengan papan kekunci unik yang mempunyai ciri meramal perkataan yang berkemungkinan digunakan dalam konteks menyurat lalu tertera pada skrin. Ciri-ciri Simon walaupun dianggap biasa pada masa kini tampak diperhatikan sangat canggih.
Nokia Communicator merupakan model telefon pintar pertama Nokia, dimulai dengan Nokia 9000, pada tahun 1996. Model yang serupa dengan komputer tangan yang unik ini adalah hasil dari usaha penyatuan model PDA buatan Hewlett Packard yang berjaya dan mahal dengan badan telefon Nokia yang laris pada waktu itu. Nokia 9210 merupakan komunikator berskrin warna pertama dan juga merupakan telefon pintar cerdas sejati yang menggunakan sistem operasi. Komunikator 9500 menjadi komunikator berkamera dan ber-WiFi pertama. Komunikator 9300 memiliki perubahan dalam bentuk yang lebih kecil dan komunikator yang terbaru E90 menyertakan GPS. Meskipun Nokia 9210 dapat dihujahkan sebagai telefon pintar sejati pertama dengan sistem operasi, Nokia tetap menyebutnya sebagai sejenis "komunikator".
Ericsson R380 dahulu dipasarkan sebagai ‘telefon pintar’ di mana ia dilancarkan namun model tersebut tidak berupaya menjalankan aplikasi pihak ketiga.
Pada Oktober 2001, Handspring mengeluarkan telefon Palm OS Treo, dengan papan kekunci penuh digabungkan dengan jelajah rangkaian tanpa kabel, e-mel, kalendar, dan pengatur senarai nama, dengan aplikasi pihak ketiga yang dapat dimuat turun atau diselaraskan dengan komputer.
Tahun 2002, RIM mengeluarkan BlackBerry pertama yang merupakan telefon pintar pertama dengan penggunaan penghantaran surat elektronik tanpa wayar yang lebih baik dan penggunanya telah mencapai 8 juta (sehingga Jun 2007), tiga perempat pasaran pengguna mereka berada di Amerika Selatan.
Handspring menyajikan model yang popular di pasaran Amerika dengan bersatu dengan Palm OS berdasarkan Visor PDA dengan rangkaian telefon GSM, VisorPhone. Tahun 2002, Handspring menjual model bersepadu bernama Treo; syarikat pengeluar tersebut sertai tidak lama kemudian kerana penjualan PDA sudah mula meroost, tetapi telefon Treo secara cepat menjadi popular sebagai telefon berfiturbercirikan PDA. Pada tahun yang sama, Microsoft mengumumkan Windows CE komputer riba OS yang dinobatkan sebagai "Microsoft Windows Powered Smartphone 2002".
Pada tahun 2005 Nokia menerbitkan telefon pintar siri-N 3G yang dijual bukan sebagai telefon bimbit tetapi sebagai komputer multimedia.
Android, sistem operasi dikeluarkan pada tahun 2008. Ia dijana oleh Google bersama beberapa pengusaha perkakasan dan perisian yang terkemuka yang lain seperti Intel, HTC, ARM, Motorola dan eBay, yang kemudian membentuk Open Handset Alliance.
Telefon pertama yang menggunakan Android OS adalah HTC Dream, mereka keluaran dari T-Mobile sebagai G1. Ciri telefon penuh, skrin sentuh secara utuh, papan kekunci QWERTY, dan bebola penjejak untuk mengemudi halaman web. Peranti ini dimuatkan dengan aplikasi Google seperti Maps, Calendar, dan Gmail, juga Google's Chrome Lite. Aplikasi pihak ketiga juga tersedia melalui perkhidmatan Android Market, sama ada dengan harga yang percuma ataupun dengan pembayaran mengikut harga yang ditetapkan.
Pada Julai 2008 Apple memperkenalkan App Store dengan aplikasi percuma dan dengan biaya. App store dapat menyampaikan aplikasi pensel cerdas yang dikembangkan oleh pihak ketiga langsung dari iPhone atau iPod Touch dengan WiFi atau rangkaian seluar tanpa menggunakan komputer untuk memuat turun. App Store telah menjadi suatu kejayaan bagi Apple dan pada Jun 2009 terdapat lebih dari 50,000 aplikasi yang ada. App store menembus satu juta muat turun aplikasi pada 23 April 2009.
Mengikuti keterkemukaan App Store dari Apple, banyak yang membuat gedung aplikasi mereka sendiri. Palm, Microsoft dan Nokia telah mengumumkan kedai aplikasi yang mirip milik Apple. RIM juga baru-baru ini membuat gedung aplikasinya iaitu BlackBerry App World.
Perkembangan yang mungkin terjadi di masa depan
Telefon pintar OLED yang dapat dilipat telah dikembangkan selama bertahun-tahun, namun gagal terwujud kerana tingkat kegagalan yang relatif tinggi apabila memproduksi layar ini. Membuat bateri yang boleh dilipat adalah rintangan lain.
Salah satu ciri utama smartphone adalah skrin atau layarnya. Skrin mengisi beberapa permukaan depan alat (sekitar 70%), namun, dengan model-model terbaru seperti Galaxy S8 dan iPhone X, sebahagian besar ruang yang tersedia di bahagian depan dikhususkan untuk tampilan dengan gaya yang disebut "edge." Banyak skirn paparan pada telefon-telefon ini memiliki nisbah aspek sebanyak 16:9 atau 4:3, skirin diukur dalam inci dari satu penjuru ke satu penjuru yang lain, mulai dari 2.45 inci. Skirn dengan kelebaran lebih besar dari 5.2 inci sering disebut sebagai phablet. Telefon dengan lebar skrin melebihi 4.5 inci biasanya sukar digunakan hanya dengan satu tangan, kerana kebanyakan ibu jari tangan manusia tidak dapat menjangkau keseluruhan permukaan layar; mereka mungkin perlu digeser di tangan, dipegang di satu tangan dan dimanipulasi oleh yang lain, atau digunakan di tempat dengan kedua tangan. Tampilan kristal adalah yang paling umum; Yang lainnya adalah display IPS, LED, OLED, AMOLED dan E Ink. Pada tahun 2010, layar Braille, yang dapat digunakan oleh orang-orang tunanetra sedang dikembangkan. Diharapkan layar Braille akan menggunakan beberapa jenis teknologi mikrobendalir. Selain itu, beberapa paparan turut diintegrasikan dengan digitizer yang sensitif terhadap tekanan, seperti model-model yang dikembangkan oleh Wacom dan Samsung. Model Wacom memungkinkan pengguna memiliki ketepatan yang lebih tinggi saat menggambar. Apple turut memunculkan ciri kepekaan tekanan untuk telefon mereka dengan nama 3D Touch melalui iPhone 6s sebagai model pertama mereka. Sentuhan 3D Apple secara unik menggunakan digitizer dengan memberi pengguna ketersediaan untuk menampilkan menu dan tetapan tambahan dengan memberi tekanan pada ikon tertentu.
Isu kepengunaan
Kebergantungan dan ketagihan
Keselamatan jalan raya
Jenama Telefon Popular
Untuk pasaran Malaysia, telefon Android menguasai lebih daripada 40% daripada kesemua jumlah pengguna telefon pintar yang ada di Malaysia. Dari segi telefon pintar yang popular pula, boleh di kategorikan mengikut beberapa jenama:
- Samsung
- Xiaomi
- HTC
- Lenovo
- Asus
- iPhone
- Oppo
- Huawei
- vivo
- Honor
- realme
- ZTE
- Motorola
- OnePlus
- Sony
Lihat juga
- Pembaca elektronik
- Telefon kamera
- Telefon video
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.