Taman Perling
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taman Perling merupakan kawasan perumahan dan perbandaran yang terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Projek pembangunan tersebut dibangunkan oleh syarikat Pelangi Berhad, yang merangkumi keluasan 922 ekar (3.73 km2) dan mempunyai lebih 10,000 unit perumahan. Mercu tanda utama bagi kawasan pembangunan Taman Perling adalah Perling Mall, yang mempunyai keluasan 2 tingkat dan lebih kurang 100 unit kedai.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |

Pentadbiran
Taman Perling ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Dalam kawasan pilihanraya, Taman Perling terletak di bawah kawasan DUN Pengkalan Rinting (N46) di dalam kawasan Parlimen Pulai (P161).
Pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Taman Perling
- Sekolah Kebangsaan Seri Perling (2)
- Sekolah Kebangsaan Taman Perling (3)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Usman Awang
- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.