Taman Gethsemane
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taman Gethsemane (bahasa Greek) ΓεσΘημανι, Gesthēmani atau Hortvs Gethsemane; bahasa Ibrani: גת שמנים; bahasa Aramia: גת שמנא, Gat Šmānê, harf. "tekan minyak") ialah sebuah taman di kaki Gunung Zaitun di Baitulmaqdis. Ia terkanal sebagai tempat di mana Jesus Christ (Nabi Isa) dan murid-muridnya (dalam Islam sahabat-sahabatnya) berdoa dan beribadah pada malam hari selepas peristiwa Santapan Terakhir sebelum penyaliban Jesus (dalam Islam, sebelum Nabi Isa diangkat ke langit). Menurut Bible Lukas 22:43-44, derita Jesus di Taman Gethsemane begitu mendalam sehingga dikatakan "keringatnya itu seakan banyaknya darah menitis jatuh ke tanah." Menurut tradisi Gereja Ortodoks Timur, Taman Gethsemane ialah tempat di mana Perawan Maryam (Madonna) meninggal sebelum diangkat ke langit dari Gunung Zion.
Gethsemane muncul di dalam Bible Matius Yunani [1] dan Injil Markus [2] sebagai γεθσημανη (gethsēmani). Nama ini berasal dari bahasa Arami גת שמנא (Gaṯ-Šmānê), yang bererti "tekan minyak". [3] Matius dan Markus sebut χωριον, tempat atau estet. Dalam Bible Yohanes mengatakan Yesus memasuki taman (κηπος) bersama dengan murid-murid atau sahabat-sahabatnya.
Sedangkan mengikut catatan awal, tradisi lokasi Taman Gethsemane terletak pada bahagian bawah dari lereng Gunung Zaitun (Mount of Olive), namun begitu, tempat yang sebenar akan kedudukannya masih lagi samar dan kabur untuk diketahui secara tepat. Mengikut Perjanjian Baru, Taman Gethsemane adalah tempat dimana Yesus (Jesus Christ / Nabi Isa) dan murid-murid / sahabatnya selalu mengunjungi untuk bertaqarrub/beribadat kepada Allah. Disitu jugalah (Jesus Christ / Nabi Isa)telah menemui Judas Iscariot atas arahan Allah pada malam penangkapan Jesus (tetapi. [5] Panorama lain yang boleh dilihat berhampiran taman ini adalah Gereja Jemaat Semua Bangsa-Bangsa (The Church of All Nations), yang juga dikenali sebagai Gereja Jemaat Agony (The Church of the Agony), yang dibangunkan di bekas tapak kehancuran gereja lama akibat serangan Sassanid di tahun 614, dan Crusader gereja hancur di tahun 1219. Berdekatan dengan gereja Ortodoks Rusia (The Russian Orthodox Church) adalah Gereja Santo Maria Magdalena (St. Mary Magdalene Church) yang berwarna keemasan, binaan kubah berbentuk bawang (Byzantine / seni bina Rusia), dibangun oleh Raja Rusia Alexander III bagi mengenang memori kematian ibunya.
Taman Getsemane juga adalah pusat fokus bagi para penziarahan dan ahli penghijarahan awal Kristian. Ia dikunjungi di tahun 333 oleh para anonim "Penziarah dari Bordeaux", yang merupakan rencana perjalanan Burdigalense awal dideskripsi kirikan oleh para penziarah Kristian di Tanah Suci (kota Jerusalem). Di Onomasticon, Eusebius dari Caesarea mencatatkan bahawa tapak Getsemani ini telah terletak "di kaki Gunung Zaitun", dan dia menambahkan bahawa "Para setia yang biasanya pergi ke sana untuk berdoa". Pohon Zaitun Purba yang tumbuh di kebun Taman Gethsemane ini disifatkan telah hidup selama 900 tahun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.