From Wikipedia, the free encyclopedia
Keladi Cina (Jawi: کلادي چينا),[1] keladi talas, talas ubi (juga talas saja[2]) atau nama saintifiknya Colocasia esculenta merupakan sejenis keladi yang boleh dimakan. Batang dan ubinya boleh dijadikan sayur. Ubinya juga boleh direbus, digoreng, dikukus, dibuat kuih-muih atau dijadikan makanan ringan waktu petang. Keladi ini mudah dijumpai di kawasan berair di kawasan khatulistiwa di Asia Tenggara. Talas diperkirakan telah ditanam manusia sebagai makanan ruji sejak zaman purba, bahkan pada zaman sebelum padi ditanam orang.[3] Kini talas telah menyebar ke berbagai belahan dunia, termasuk India, tanah besar China, barat dan utara benua Afrika, serta rantau Hindia Barat.[3] Talas merupakan makanan pokok, selain sukun, di beberapa kepulauan di Oseania.
Keladi Cina | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Alismatales |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | Colocasiodeae |
Genus: | |
Spesies: | C. esculenta |
Nama binomial | |
Colocasia esculenta (L.) Schott | |
Sinonim | |
|
Di Malaysia, tanaman ini lebih sering disebut sebagai "keladi" berbanding "talas". Tumbuhan ini dikenali dengan banyak nama serumpun di serata Nusantara termasuk[4]:-
Keladi atau talas sesuai ditanam di kawasan tanah gambut dan berair dengan taburan hujan yang tinggi. Benih keladi dapat diperoleh daripada induk yang berumur lebih 4 bulan.
Sebelum ditanam, lubang akan digali di kawasan penanaman sedalam 5 - 8 inci. Benih keladi dimasukkan ke dalam setiap lubang dangan jarak biasanya 75 cm antara lubang, ditimbus dengan tanah dan disiram. Pokok boleh dibajakan dengan baja organik ataupun baja kimia. Pengawalan rumpai seharusnya dijalankan agar pertumbuhan keladi tidak terganggu. Pokok yang hampir matang akan digemburkan dengan menimbuskan tanah di pangkal pokok untuk meningkatkan penghasilan umbisi.
Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jenis keladi. Penuaian perlu dijalankan dengan cara menggali atau mencabut keladi matang. Isi keladi tahan sehingga 3 - 4 bulan jika dijaga dengan baik. Saki baki tanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi dengan lebih lama.
Antara masalah penanaman keladi ialah disebabkan makhluk perosak seperti serangan koya hijau pada daun, kumbang pengorek umbisi dan serangan siput kecil. Penyakit tanaman keladi pula adalah seperti penyakit hawar daun dan penyakit reput umbisi.
Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan herba dengan umbisi yang tumbuh di bawah tanah. Ia biasa tumbuh setinggi 0.4 - 1.5 meter dengan daun antara 2 - 5 helai berkelebaran sekitar 6.60 × 7.53 cm, berbentuk bundar telur, runcing atau lonjong, berwarna gelap atau keunguan, serta mempunyai sisi bawah berlilin. Tangkainya yang berkelebaran mencecah sekitar 23 - 150 sentimeter pula, berwarna hijau bergaris gelap atau keunguan dengan pangkal berbentuk pelepah.[5]
Perbungaan keladi ini terjadi di dalam bunga dasar dengan tangkai sepanjang 15 - 60 cm. Seludang bunganya berukuruan 10 - 30 cm, dan terletak di atas dua bahagian berlainan, iaitu bahagian yang lebih panjang, berwarna kuning jingga dan rontok serta tongkol berwarna mentega pada bagian jantannya. Buah buni berwarna hijau bersaiz 0.5 cm terbentuk dengan biji berbentuk gelendong atau beralur membujur.[5]
Di Malaysia, beberapa jenis keladi yang digolongkan selaku kelainan Colocasia esculenta termasuklah:-
Beberapa macam keladi atau talas lain yang diketahui (di Indonesia):[13]
Antara bahagian keladi yang berguna termasuklah umbi (ubi), tangkai daun, bunga dan sulurnya.
Di serata dunia, ubi keladi sering dimakan dengan cara direbus, dikukus, dipanggang, digoreng dan sebagainya menjadi tepung, bubur, dan kuih. Ubi keladi juga dimasak untuk dibuat kudapan seperti pengat, bubur dan keladi goreng atau dijadikan rampaian dalam lauk dan masakan. Pemakanannya tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kembung perut dan gangguan pencernaan.[14]
Di Kepulauan Mentawai dan Papua, Indonesia, keladi dimakan sebagai makanan ruji menggantikan padi manakala di Hawaii dan beberapa kawasan di rantau kepulauan Polinesia pula, umbisi keladi dikukus dan ditumbuk lumat menjadi suatu lauk yang boleh dimakan terus (seperti poi) atau ditapai untuk dimasak dengan cara tertentu[3].
Tangkai daun (disebut batang) dan sulur keladi juga sangat berguna[15]. Bahagian ini sering digunakan dalam masakan untuk dicelur, disayur, ditumis atau digoreng untuk dibuat ulam serta lauk seperti sayur keladi dan batang keladi tumis. Bahagian daun sama ada yang tua mahupun yang masih muda, turut digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan kaloi dan khinzir.[3] Daun-daun muda terkenal sebagai pembungkus buntil yang banyak diminati.[3] Daunnya juga boleh merawat ulser, bisul, atau bahagian yang terlecur air panas.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.