From Wikipedia, the free encyclopedia
Supermak merupakan sebuah drama televisyen aksi komedi Malaysia 2011 dibintangi oleh Nasha Aziz sebagai watak tajuk. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 dari 25 Julai 2011 hingga 24 Oktober 2011 menggantikan Juvana dan digantikan oleh Nilapura.[1][2]
Supermak | |
---|---|
Genre | Aksi, komedi |
Pencipta | Kabir Bhatia |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Prem Anand Pillai |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kuasa Wanita" oleh Adi Mentor dan Farawahida |
Lagu penutup | "Kuasa Wanita" oleh Adi Mentor dan Farawahida |
Penggubah | Hafiz Hamidun |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 25 Julai 2011 – 24 Oktober 2011 |
Kronologi | |
Mengikuti | Juvana |
Diikuti oleh | Nilapura |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Supermak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani. Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil geroda.
Kisah bermula apabila burung geroda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung geroda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung geroda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.