Remove ads
Sultan Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja, GCMG GCVO merupakan Sultan Perak yang ke-28. Baginda merupakan putera kepada Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Marhum Teja ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah. Baginda telah diputerakan di Kampung Kuala Keboi, Kampar pada tahun 1849. Baginda juga merupakan seorang yang cerdik pandai. Baginda bersaudara sepupu dengan Sultan Abdullah Muhammad Shah II.
Sultan Idris Murshidul Azzam Shah | |
---|---|
Sultan Perak ke 28 | |
Pemerintahan | 29 Julai 1887 - 14 Januari 1916 |
Pendahulu | Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah |
Pengganti | Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah |
Raja Muda | Raja Abdul Jalil Nasirudddin Muhtaram Shah |
Pasangan | Raja Nuteh Aishah binti al-Marhum Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah |
Anakanda | |
22 orang lagi... | |
Nama penuh | |
Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja | |
Tempat persemayaman | Istana Negara, Bukit Chandan, Mukim Sayong, Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak Darul Ridzuan |
Ayahanda | Raja Bendahara Alang Iskandar Shah I ibni Almarhum Raja Kecil Tengah Ahmad |
Bonda | Che’ Kenudda Sari binti Panglima Dalam Abdul Rahman |
Keputeraan | Kampung Kuala Keboi, Mukim Teja, Kampar, Perak Darul Ridzuan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu British | 19 Jun 1849
Kemangkatan | 14 Januari 1916 66) Istana Negara, Bukit Chandan, Daerah Kuala Kangsar, Perak, Malaya British | (umur
Dimakamkan | 17 Januari 1916 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British |
Agama | Islam |
Pada tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, baginda berumur 26 tahun. Di masa perselisihan antara Sultan Abdullah Muhammad Shah II dengan Residen British J.W.W. Birch, baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, baginda telah dilantik oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi hakim dan kemudian menjadi hakim besar pula.
Pada tahun 1877, baginda telah dilantik menjadi Raja Bendahara dan pada hujung tahun yang sama baginda telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Pada 7 Oktober 1886 bersempena dengan pertabalan Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah, baginda diangkat menjadi Raja Muda Perak.
Ketika baginda berjawat sebagai hakim pada tahun 1884, baginda telah berangkat ke London, United Kingdom bersama-sama dengan Sir Hugh Low dan Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II bertujuan mengambil balik alat-alat kebesaran kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas huru-hara Perang Perak dari tahun 1875 hingga ke 1876.
Pada tahun 1902, baginda berkenan mencemar duli ke United Kingdom untuk menghadiri Pemahkotaan Raja Edward VII dan Permaisuri Alexandra, berangkat tiba di kota London pada awal bulan Jun,[1] dan melanjutkan keberadaan baginda sehingga musim luruh untuk menghadiri istiadat yang telah dijadual semula berikutan kegeringan Raja.
Pada bulan Julai 1887, Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah pun mangkat dan baginda akhirnya dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-28 bergelar Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah (atau lebih dikenali sekarang sebagai Sultan Idris Shah I). Baginda bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu, baginda berumur 38 tahun. Sir Hugh Low masih memegang jawatan Residen British di Negeri Perak.
Pada tahun 1888, baginda berangkat sekali lagi ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Raja Ngah Mansur atas undangan Ratu Inggeris, Ratu Victoria. Semasa berada di England, Raja Ngah Mansur berusaha dengan persetujuan Sultan Idris mencipta Lagu Kebangsaan Negeri Perak berasal daripada lagu 'Terang Bulan'. Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April 1889 dalam istiadat pertabalan baginda di Kuala Kangsar.
Dalam pemerintahan baginda, Negeri Perak bertambah maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka. Hasil bijih timah dari daerah Kinta banyak dikeluarkan. Ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di seluruh Negeri Perak. Bilangan penduduk Negeri Perak menjadi bertambah ramai sehingga berjumlah lebih daripada dua ratus ribu orang.
Pada bulan Mac 1900, baginda berkenan merasmikan Jambatan Victoria, sebuah jambatan kereta api laluan tunggal terletak di Karai, Perak. Jambatan kereta api ini merupakan antara yang tertua di Malaysia. Ia telah dibina antara bulan Disember 1897 dan bulan Mac 1900 oleh Kereta Api Negeri Perak untuk melintasi Sungai Perak untuk industri perlombongan timah tempatan.
Pada tahun 1895, dengan persetujuan Ke bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan negeri Perak, Selangor, Pahang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri itu dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan 'Negeri-Negeri Melayu Bersekutu'. Persekutuan ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Julai 1896, dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut 'Durbar'. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu serta Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis 'Durbar' yang pertama telah diadakan di Istana Negara, istana rasmi baginda di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.
Pahlawan Perak serta pengasas daerah Kampar, Perak iaitu Ngah Jabor merupakan adik-beradik sesusu dengan baginda.
Pada tahun 1911, baginda telah jatuh gering. Oleh demikian, baginda telah bernazar untuk membina sebuah masjid seandainya baginda sembuh. Tidak lama kemudian, penyakitnya beransur sembuh. Untuk melaksanakan nazarnya, baginda telah menitah Kolonel Huxley untuk mereka bentuk masjid itu. Pada tahun 1917, masjid itu pun siap dibina dan dinamakan sebagai Masjid Ubudiah. Namun hasrat Sultan Idris Shah I untuk melihat masjid baginda siap tidak kesampaian apabila baginda mangkat setahun sebelum masjid itu siap.
Setelah memerintah selama 29 tahun, baginda pun mangkat pada 14 Januari 1916 pada usia 66 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda bergelar Marhum Rahmatullah. Takhta kerajaan telah diambil alih oleh paduka putera baginda Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah.
Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Tarikh keputeraan: 19 Jun 1849 Tarikh kemangkatan: 14 Januari 1916 | ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah |
Sultan Perak 1887-1916 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah |
Didahului oleh Raja Lop Yusuf |
Raja Muda Perak 1886-1887 |
Diikuti oleh: Raja Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah |
Didahului oleh ' |
Raja Bendahara Perak 1877-1886 |
Diikuti oleh: ' |
Baginda telah dilantik sebagai Honorary Knight Commander Darjah St Michael dan St George (KCMG) pada tahun 1892 dan menerima Honorary Knight Grand Cross Darjah St Michael dan St George (GCMG) pada 27 April 1901, atas persediaan lawatan diraja Duke dan Duchess Cornwall dan York yang akan datang (kemudian Raja George V dan Permaisuri Mary).[2]
Baginda digelar secara rasmi sebagai:
Baginda memiliki 7 raja permaisuri dan telah dikurniakan 19 orang paduka putera dan 17 orang paduka puteri.[3][4]
Nama | Keputeraan | Kemangkatan | Perkahwinan |
---|---|---|---|
Raja Nuteh Aishah binti Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah Ghafirullah | |||
DYMM Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah | 23 April 1869 | 26 Oktober 1918 | DYMM Che’ Yong Sapiah binti Dato’ Panglima Besar Muhammad Yunus |
DYMM Raja Nuteh Zahra (Jahrah) binti Almarhum Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah Nabiallah | |||
YM Raja Lee Mardziah binti Raja Kulop Muhammad Kramat | |||
Hajjah Noriah | |||
Tengku Permaisuri Che Haji Ngah Uteh Mariah Haji Sulaiman | |||
Raja Haji Harun al-Rashid | kira-kira 1882 | 10 Mei 1845 | Raja Mahtra binti Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah |
YAM Raja Hajjah Zubaidah binti Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah | |||
Cik Sareah binti Dato Ahmad | |||
Cik Halimah Zaidah binti Haji Mat Saman | |||
Cik Puan Zaharatul Ain Mae Chaloi | |||
Cik Puan Teh | |||
Cik Shahrome | |||
Tengku Raudhah | |||
YM Sharifa Asiah binti Sayyid Hassan | |||
Cik Bee | |||
Cik Zirah | |||
YAM Raja Kechil Kamariah Kulsum | 1884 | 20 Mac 1940 | YAM Raja Sir Chulan ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’llah Muhammad Shah Habibu’llah |
YAM Raja Abdul Rashid | 1889 | 24 November 1958 | Raja Lun Zubaidah binti Raja Lope Ahmad |
Rafidah Bt Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indra Dato Uda Maamor | |||
Maheran binti Abdullah | |||
Raja Kimas binti Raja Chulan | |||
Raja Halima | |||
Cik Aminah binti Awang | |||
Sharifah Rukiah binti Syed Kassim | |||
YAM Raja Zainab binti Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah al-Kaddasullah | |||
Raja Puan Kecil Aishah Raja Haji Saidin | |||
YAM Raja Haji Shuib | 1893 | 23 Februari 1974 | Cik Baishah binti Jeragan Abdul Shukor |
Raja Teh Noriah | |||
Cik Itam Zinobah @ Yong Arbaayah binti Ngah Nordin | |||
Tengku Putih Aishah | |||
DYMM Raja Khalija | 3 Mac 1895 | 29 Mac 1948 | Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa |
YAM Raja Haji Shahruddin | 1897 | 13 April 1965 | Cik Zainazat Abdullah |
Raja Zubaidah Raja Haji Mahmud | |||
DYMM Raja Fatimah | 1899 | 8 April 1983 | Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa |
YAM Raja Badariya | kira-kira 1900 | 13 April 1965 | YAM Tengku Umar ibni Almarhum Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah |
YAM Raja Arbiah | kira-kira 1900 | ||
DYMM Raja Halija | kira-kira 1900 | Sultan Hisamuddin Alam Shah | |
Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat | |||
Raja Abdul Hamid | 1869 | 23 Januari 1897 | Halimah Zaidah binti Haji Mat Saman |
YAM Raja Ngah Khadija Halima | 1875 | 13 November 1938 | YAM Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah |
Sultan Iskandar Shah | Disember 1918 | 14 Ogos 1938 | Raja Puteh Umi Kalsom binti Almarhum Raja Kulop Muhammad Kramat |
YAM Tengku Nong Fatima binti Al-Marhum Sultan Sir Ahmad al-Mu’azzam Shah | |||
Cik Ngah Manah binti Mande Duwayat | |||
Puteh Salah binti Abdullah | |||
Raja Puteh Umi Kalsum binti Raja Kulop Muhammad Kramat | |||
Intan | |||
Y.M. Cik Long Polam | |||
YAM Raja Puteh Mahijah | kira-kira 1854-1906 | YM Raja Ngah Abu Bakar bin Raja Umar | |
YAM Raja Puteh Mahiyah | kira-kira 1854-1910 | Raja Kecil Tengah Haji Johor | |
Y.M. Cik Alang Sawiya binti Cik Kulup ‘Abdu’l Samid | |||
YAM Raja Mahtra | kira-kira 1858-1918 | 7 November 1966 | |
Sharifah Alawiyah | |||
Sharifah Maheran | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.