From Wikipedia, the free encyclopedia
Kjell Stefan Löfven (sebutan Sweden: [ˈstěːfan lœˈveːn]; secara rasmi Löfvén; lahir 21 Julai 1957) ialah seorang ahli politik Sweden yang berkhidmat sebagai Presiden Sosialis Eropah sejak Oktober 2022. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sweden dari Oktober 2014 hingga November 2021 dan ketua Parti Demokratik Sosial dari 2012 hingga 2021.
Stefan Löfven | |
---|---|
Perdana Menteri Sweden ke-33 | |
Dalam jawatan 3 Oktober 2014 – 30 November 2021 | |
Raja | Carl XVI Gustaf |
Timbalan | Margot Wallström Morgan Johansson Åsa Romson Isabella Lövin Per Bolund |
Didahului oleh | Fredrik Reinfeldt |
Digantikan oleh | Magdalena Andersson |
Ketua Pembangkang Kerajaan Sweden | |
Dalam jawatan 27 Januari 2012 – 3 Oktober 2014 | |
Perdana Menteri | Fredrik Reinfeldt |
Didahului oleh | Håkan Juholt |
Digantikan oleh | Fredrik Reinfeldt |
Ketua Parti Demokrasi Sosial Sweden | |
Dalam jawatan 2012–2021 | |
Didahului oleh | Håkan Juholt |
Pengerusi IF Metall | |
Dalam jawatan 1 Januari 2006 – 27 Januari 2012 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Anders Ferbe |
Presiden Sosialis Eropah | |
Memegang jawatan 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Sergey Stanishev |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kjell Stefan Löfven 21 Julai 1957 Stockholm, Sweden |
Parti politik | Parti Demokrasi Sosial Sweden |
Pasangan | Ulla Löfven |
Alma mater | Universiti Umeå |
Tandatangan |
Löfven mengetuai Parti Demokratik Sosial dan memenangi Pilihan raya umum Sweden 2014 (31.3 peratus undi). Löfven cuba untuk membentuk kerajaan dengan Parti Hijau Sweden dan menentang dasar perkauman.
Beliau lahir di Stockholm pada 21 Julai 1957. Beliau belajar di Sollefteå High School kemudian kursus mengimpal besi selama 48 minggu di Kramfors. Löfven belajar di University Kerja Sosial Umeå.
Mulai 1979 dia bekerja sebagai tukang kimpal di Hägglunds, Örnsköldsvik. Kemudian menyertai Kesatuan Sekerja Pekerja Besi Sweden. Pada November 2005 menjadi pengerusi If Metall.
Löfven menganggotai Parti Demokrat Sosial sejak usia remajanya melalui sayap pemuda ia, Sveriges Socialdemokratiska Ungdomsförbund. Berikutan peletakkan jawatan ketua parti oleh Håkan Juholt pada Januari 2012, lembaga eksekutif parti tersebut melantik Löfven sebagai penggnati pada 26 hari bulan[1][2][3] serta disahkan dalam suatu undian dalaman parti pada hari berikutnya.[4][5] Jawatan Löfven dsahkan pada suatu kongres agung dwitahunan parti Demokrat Sosial pada 4 April 2013.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.