Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Parti politik tempatan di Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (dalam bahasa Inggeris: "Sarawak People's Aspiration Party") (Pendahulu parti ini dikenali sebagai Parti Reformasi Negeri atau dikenali dengan singkatan STAR, Inggeris: State Reform Party), atau dikenali ramai mula pada tahun 2020 sebagai ASPIRASI merupakan sebuah parti politik tempatan berhaluan tengah kanan di Sarawak. Presidennya terkini adalah Soo Lina yang menggantikan Patau Rubis yang telah meninggal dunia pada tahun 2016. Patau Rubis tidak menyedarkan diri pada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti pada 20 Mac 2016. Parti ini mempunyai 9 manifesto untuk memfokuskan terhadap Sarawak bagi menambahbaik Perjanjian Malaysia 1963. Pada tahun 2016, cawangannya di negeri Sabah berjaya didaftarkan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) iaitu sebuah parti politik baharu di Sabah yang mempunyai agenda yang sama seperti Parti Reformasi Negeri.[2]

Fakta Segera Pemimpin, Pengerusi ...
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
PemimpinLina Soo
PengerusiJane Anak Dripin
PengasasDr. Patau Rubis
Ditubuhkan9 Oktober 1996 (di Sarawak)
6 Januari 2012 (di Sabah)
24 Januari 2020 (dijenamakan semula sebagai ASPIRASI)
Disahkan26 Januari 2020 (Diluluskan sebagai ASPIRASI)
Digantikan olehParti Solidariti Tanah Airku di Sabah[1]
Ibu pejabat262, Jalan Batu Kawa, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia.
IdeologiNasionalisme Sarawak
Hak kemerdekaan negeri
Semangat patriotik negeri
Hal ehwal bangsa Dayak
Hak ekonomi Dayak
Hak golongan belia Dayak
Hak golongan wanita Dayak
Kebajikan rakyat Sarawak
Hak asal rakyat Sarawak
Pembangunan wilayah Sarawak
Perjuangan hak MA63
Hak tanah adat Dayak
Hak istimewa peribumi Sarawak
Kerjasama ekonomi antarabangsa & tempatan
Membanteras rasuah & salah guna kuasa
Membanteras budaya lompat parti
Kedudukan politikTengah kanan
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 587
Menteri Besar dan Ketua Menteri (Sarawak)
0 / 13
Laman sesawang
Laman Sesawang Rasmi STAR
Laman Facebook STAR
Tutup

Logo rasmi

Berikut adalah logo rasmi yang telah diumumkan oleh kepemimpinan Parti ASPIRASI Rakyat Sarawak pada 13 Disember 2021 sebelum menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2021

Sejarah penubuhan

Thumb
Logo Parti ASPIRASI (yang dahulunya dikenali sebagai STAR) (digunakan pada tahun 1996-2019)

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Tahun 2016, Parti STAR cawangan Sabah telah dijenamakan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku dengan singkatan STAR dibawah pimpinan presiden parti, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Beliau menjenamakan semula parti tersebut kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sabah dengan ideologi asal parti berkenaan iaitu hak-hak Sabah dengan tambahan pembangunan serta ekonomi yang diperlukan di Sabah.

Pada Tahun 2020, Parti ini telah dijenamakan semula sebagai Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan singkatan ASPIRASI menggantikan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR). Hal sedemikian dilakukan untuk mengelak kekeliruan diantara Parti STAR yang ada di Sabah dengan STAR yang ada di Sarawak. Walaubagaimanapun, Perjuangan parti tersebut terus dikekalkan dengan ideologi yang tetap sama dengan penambahan ideologi dalam hal ekonomi serta memfokuskan kemajuan bangsa-bangsa pedalaman yang ada di Sarawak. Nama "ASPIRASI" kini rasmi diguna-pakai di mana-mana pilihanraya yang berlangsung di Sarawak.

Barisan kepimpinan

  • Penasihat:
    • Chieng Lea Phing
  • Pengerusi:
    • Jane Anak Dripin
  • Timbalan Pengerusi:
    • Simon Tiong Ing
    • Mesah Suhaili
  • Presiden:
    • Lina Soo
  • Timbalan Presiden:
    • Freedy Misin
  • Naib Presiden:
    • Winston Way Dikod
    • Adam Wong Sing Wei
    • Dorus Katan Juman
    • Alex Leong Shao Tung
    • Ngelayang Unau
    • Simon Jangan
    • Jame Nyuking
    • Thomas Kiew
    • Latrick Jimie
  • Ketua Pengiklanan:
    • Ana Osin
  • Timbalan Pengiklanan:
    • Then Liak Ding
  • Ketua Pemuda:
    • Romeo Diyong
  • Ketua Wanita:
    • Josephine Lau Kiew Peng
  • Setiausaha Agung:
    • Kosong ( pemegang jawatan telah meninggalkan parti)
  • Timbalan Setiausaha Agung:
    • Benjamin Lim Siew Ming
  • Bendahari:
    • Amanda Lee
  • Timbalan Bendahari:
    • 'Kosong'
  • Juruaudit Dalaman Parti:
    • Lamon Kambeng
    • Francis Dorus
  • Ahli-ahli Jawatankuasa:
    • Rosli Lambeng
    • Ronie Arthur
    • Anthony Duri
    • Christopher Alexis Sellie
    • Jileng Kion
    • Felix Ayeh
    • Benedict Novil Ginong
    • Lucas Chin Lu Chi
    • Weenie Chua

Senarai presiden parti

  • Dr. Patau Rubis (1996 – 2011)
  • Dr Dripin Sakoi (2011-2016)
  • Lina Soo (2016 – present)

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

Maklumat lanjut No., DUN ...
No.DUNCalonUndianKeputusan
N43SekongAbdul Rashid Abdul Rahman41Kalah (Hilang Deposit)
N44KaramuntingBesarun Kecha61Kalah (Hilang Deposit)
Tutup

Pilihan raya negeri Sarawak 2016

Maklumat lanjut No., DUN ...
No.DUNCalonUndianKeputusan
N9PadunganTiong Kwang Kim116Kalah (HD)
N11Batu LintangSoo Lina331Kalah (HD)
N18SerembuBuln Anak Patrick Ribas120Kalah (HD)
N23Bukit SimujaJohnny Anak Aput53Kalah (HD)
N51Bukit AssekMoh Hiang King374Kalah (HD)
N52DudongTing Yiik Hong152Kalah (HD)
N53Bawang AssanWong Sing Wei100Kalah (HD)
N55NangkaTiong Ing Tung773Kalah (HD)
N67JepakMohammed Anuar Abdul Hamid136Kalah (HD)
N68Tanjong BatuChieng Lea Phing89Kalah (HD)
Tutup

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.