Stadium Tuanku Syed Putra (sebelum ini dikenali sebagai Stadium Utama), merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak yang terletak di Kangar, Perlis, Malaysia.
Stadium Tuanku Syed Putra ini memiliki keupayaan 20,000 penonton dengan 5,000 tempat duduk.[1] Stadium Utama ialah sebuah stadium serbaguna di Kangar, Perlis. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini mampu memuatkan 20,000 orang. Stadium ini dibuka pada 1995.
Stadium Utama ini telah digunakan dalam Majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-XVII yang berlangsung di Stadium Utama Negeri Perlis pada 27 Mei 2014 dan disambut meriah dengan penuh berwarna-warni. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang turut dihadiri bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Selain itu, yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.
Dalam majlis yang sama, Baginda turut mengisytiharkan nama baharu bagi stadium Utama, iaitu Stadium Tuanku Syed Putra. Tuanku Syed Sirajuddin juga melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri Perlis dan kesemua jawatankuasa yang terlibat mengorbankan masa dan tenaga kerana bertungkus lumus untuk menjayakan Sukma Ke-XVII.[2]
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.