Stadium Sultan Muhammed IV, (Tulisan Jawi: ستاديوم سلطان محمد كأمڤت), Stadium Sultan Muhammad Keempat, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan sebuah stadium rasmi yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung jumlah bilangan penonton sehingga seramai 30,000 orang. Stadium ini terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.

Fakta Segera Stadium Sultan Muhammed IV Sultan Mohammed IV Stadium, Nama penuh ...
Stadium Sultan Muhammed IV
Sultan Mohammed IV Stadium[1]
Thumb

Thumb
Nama penuhStadium Sultan Muhammed Keempat
LokasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Koordinat
Dibina1967
Dibuka1967
Diubahsuai2011[2]
PengendaliPerbadanan Stadium Kelantan
PermukaanPadang rumput
Papan mataPapan markah elektronik
Kapasiti30,000 orang
Dimensi padang119 × 100 meter
Penyewa
Persatuan Bola Sepak Kelantan
Tutup


Sejarah

Stadium Sultan Muhammed IV mula dibina pada tahun 1965 dengan tujuan menyediakan suatu medan yang khusus untuk menjalankan aktiviti sukan peringkat negeri Kelantan, terutamanya sebagai padang bola sepak negeri. Stadium ini telah dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Pada masa itu, stadium ini merupakan stadium yang paling besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan muatan tempat duduk seramai 30,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.

Pada tahun 1967, stadium ini telah siap dibina sepenuhnya, dan perlawanan ulangan di antara pasukan Melayu Kelantan menentang pasukan Melayu Terengganu dalam kejohanan Piala Emas Sultan-Sultan 1967 merupakan perlawanan bola sepak pertama diadakan di stadium ini[3].


Fasiliti

Selain berfungsi sebagai kawasan kemudahan permainan bola sepak, kompleks stadium ini juga menyediakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam. Stadium ini juga menyediakan kemudahan tempat riadah seperti tapak permainan kasut roda dan kemudahan tempat ibadah seperti surau.

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan dan dianggotai oleh seramai 30 orang ahli yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan serta wakil persatuan sukan.

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan bola sepak Kelantan FA, setiap kali perlawanan yang dianjurkan itu melibatkan pasukan Kelantan bersaing dengan lawannya di stadium keramat ini, stadium ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong fanatik Kelantan FA. Oleh itu Stadium ini telah digelar sebagai Stadium Pahlawan Merah oleh sebilangan penyokong fanatik Kelantan FA.

Papan Markah Elektronik

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini telah digunakan julung kalinya semasa perlawanan antarabangsa peringkat suku akhir Piala AFC antara Kelantan FA menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu ialah sumbangan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini ialah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malahan papan ini dipercayai adalah lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[4]

Rekod perlawanan antarabangsa

2011

Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup

2012

Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup

2013

Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup

2014

Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup
Maklumat lanjut Kota Bharu, Kelantan ...
Tutup


Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.