Stadium Meiji Jingu
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stadium Meiji Jingu (明治神宮野球場 , Meiji Jingū Yakyūjō) merupakan stadium besbol yang terletak di Shinjuku, Tokyo, Jepun. Stadium ini telah dibuka pada 1926 dan mampu memuatkan 37,933 penonton. Stadium ini merupakan hartanah bagi Kuil Meiji dan menjadi gelanggang bagi pasukan Tokyo Yakult Swallows. Stadium ini juga melangsungkan perlawanan besbol di peringkat kolej termasuklah Tokyo Big6 Baseball League dan Tohto University Baseball League.
Meiji Jingu Stadium logo | |
Lokasi | Shinjuku, Tokyo, Jepun |
---|---|
Koordinat | 35°40′28.3″N 139°43′01.4″E |
Transit awam | |
Pemilik | Kuil Meiji |
Kapasiti | 37,933[1] |
Saiz Padang | Kiri Padang – 97.5 meter (320 ka) Kiri-Pusat – 112.3 meter (368 ka) Pusat Padang – 120 meter (394 ka) Kanan-Pusat – 112.3 meter (368 ka) Kanan Padang – 97.5 meter (320 ka) Tinggi tembok outfield – 3.5 m (11.5 ft) |
Permukaan | Rumput tiruan |
Pembinaan | |
Pecah tanah | Disember 1925 |
Dibuka | 23 Oktober 1926 |
Kos pembinaan | 530,000 Yen |
Tuan rumah | |
Tokyo Big6 Baseball League (1926-kini) Tohto University Baseball League (1932-kini) Tokyo Yakult Swallows (Liga Pusat) (1964-kini) |
Sebagai stadium besbol kedua tertua di Jepun, Stadium Meiji Jingu merupakan antara stadium yang masih wujud ketika Babe Ruth masih beraksi (stadium lain termasuklah Wrigley Field di Chicago, Fenway Park di Boston dan Stadium Koshien di Wilayah Hyōgo, Jepun). Pada 1934, Ruth disertai beberapa pemain terkenal dari A.S. seperti Lou Gehrig dan Jimmie Foxx dalam jelajah 22 aksi perlawanan di Jepun. Matsutarō Shōriki yang dikenali sebagai bapa besbol Jepun telah menguruskan jelajah Amerika tersebut dan beliau terselamat daripada percubaan pembunuhan. Hal ini disebabkan beliau membenarkan pemain-pemain asing bermain besbol di Stadium Jingu.[2] Beliau ditimpa kecederaan luka sepanjang 16 inci daripada kesan hirisan pedang ketika percubaan pembunuhan tersebut.
Stadium itu juga digunakan untuk perlawanan persahabatan besbol apabila Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1964. Pasukan Amerika Syarikat pada masa itu terdiri daripada pemain besbol kolej termasuk lapan bakal pemain Major League telah menewaskan pasukan amatur all-star Jepun, 6–2.
Terdapat pelan pembangunan semula untuk stadium dan Stadium Ragbi Chichibunimiya di bersebelahan stadium akan dirobohkan untuk digantikan dengan fasiliti baru.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.