Stadium Petaling Jaya (dahulunya dikenali dengan nama Stadium MBPJ, atau Stadium MPPJ) ialah sebuah stadium pelbagai guna yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stadium ini kerap digunakan untuk perlawanan bola sepak. Sebelum ini, pasukan MPPJ Selangor merupakan pengguna stadium ini. Stadium yang dibuka pada 1996 ini mampu memuatkan 25,000 orang. Sebelum ini, stadium ini dikenali dengan nama Stadium MPPJ sebelum ditukar kepada Stadium MBPJ apabila Petaling Jaya mendapat taraf bandar raya.
Stadium MBPJ | |
---|---|
Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Malaysia. | |
Lokasi | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Koordinat | |
Dibuka | 1996 |
Pemilik | Majlis Bandaraya Petaling Jaya |
Pengendali | Selangor FC |
Permukaan | Padang rumput Trek |
Kapasiti | 10,661 |
Penyewa | |
MPPJ FC (1996-2006) UPB-MyTeam F.C. (2006-2009) Petaling Jaya Rangers F.C. (2011-2022) Petaling Jaya City F.C. (2014 -2022) Selangor FC(2021-kini) |
Berikutan kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM8 juta[1] yang dilaksanakan pada awal 2024 sebagai persediaan penyertaan pasukan Selangor FC dalam Liga Juara-Juara AFC Dua[2] menyaksikan stadium ini mempunyai kerusi tempat duduk sepenuhnya dan berkapasiti baharu 10,661[3].
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.