From Wikipedia, the free encyclopedia
Speed Racer atau Mach GoGoGo (マッハGoGoGo , Mahha GōGōGō) ialah sebuah siri anime Jepun yang bertemakan lumba kereta. Siri ini merupakan satu contoh anime terawal yang menjadi francais yang berjaya di Amerika Syarikat.
Speed Racer | |
Genre | Aksi, Perlumbaan |
---|---|
Manga | |
マッハGoGoGo | |
Pengarang | Tatsuo Yoshida |
Penerbit | Fusosha Digital Manga Publishing |
Anime | |
マッハGoGoGo/ Speed Racer | |
Pengarah | Hiroshi Sasagawa |
Studio | Tatsunoko Productions |
Penyiaran Asal | Fuji Television TV 3 |
Dikeluarkan pada | 2 April 1967 – 31 Mac 1968 |
Anime | |
マッハGoGoGo: Restart/ Speed Racer X | |
Pengarah | Hiroshi Sasagawa |
Studio | Tatsunoko Productions |
Penyiaran Asal | TV Tokyo TV 3 TV7, Spacetoon |
Dikeluarkan pada | 9 Januari 1997 – 10 September 1997 |
Watak dan jalan cerita animasi ini berasal dari Jepun dalam bentuk siri manga dan anime Mach GoGoGo, dari studio anime Tatsunoko Productions.
Mach GoGoGo mula-mulanya dicipta dan direka oleh pelopor anime Tatsuo Yoshida (1932–1977) dalam bentuk siri manga pada 1960-an lalu beralih ke kaca TV dalam bentuk siri anime pada tahun 1967. Watak utama dalam anime dan manga ini ialah seorang pelumba kereta muda bernama Gō Mifune. Yoshida memilih nama-nama dan lambang-lambang dalam ciptaannya dengan amat teliti. Huruf M merah besar pada hud Mach 5, yang disangka bermaksud "Mach 5" di Amerika, sebenarnya merupakan logo Mifune Motors, iaitu perniagaan keluarga. Itu juga asal huruf "M" pada topi keledar Gō. "Mifune" merupakan penghormatan kepada bintang filem Jepun Toshiro Mifune. Nama Gō pula merupakan homofon bahasa Jepun untuk nombor 5 (nombor kereta lumbanya). Ini juga ditunjukkan oleh huruf G kuning yang disulam pada baju birunya. Nama siri Mach GoGoGo sebenarnya merupakan kias seleweng: nombor 5, iaitu nama keretanya Mach 5; nama watak utama; dan perkataan Inggeris "go."
Yoshida diilhamkan untuk mereka Speed Racer setelah menonton dua buah filem yang amat popular di Jepun pada masa itu, iatu Viva Las Vegas dan Goldfinger. Dengan menggabungkan rupa imej Elvis Presley memandu kereta lumba, dilengkapi kain leher dan rambut pompadour hitam, dengan kereta Aston Martin James Bond yang berisi kelengkapan, maka Yoshida meraih ilhamnya.
Hak penerbitan bahasa Inggeris Mach GoGoGo segera diraih oleh syarikat sindiket Trans-Lux di AS. Watak utama Gō Mifune ditukar namanya menjadi "Speed Racer" bagi versi Inggeris. Usaha suntingan dan alih suara dijalankan oleh Peter Fernandez, yang juga menyumbangkan suara beliau kepada banyak watak, khususnya Racer X dan Speed Racer sendiri. Fernandez juga bertanggungjawab menyusun semula melodi lagu tema serta menulis lirik bahasa Inggerisnya.
Mach Go (Jepun)/Mach 5 (AS), iaitu kereta yang dipandu Speed Racer, ialah satu kemegahan teknologi yang mengandungi pelbagai kelengkapan berguna. Gō Mifune/Speed Racer mudah memasang kelengkapan ini dengan menekan butang "A" hingga "G" di pusat kemudinya. Terdapat juga satu lagi butang bertanda "H" yang terletak di konsol.
Berikut ialah fungsi butang-butang tersebut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.