From Wikipedia, the free encyclopedia
Sirhan Bishara Sirhan (Arab: سرحان بشارة سرحان , Sirḥān Bishārah Sirḥān; lahir 19 Mac 1944) ialah seorang berketurunan Palestin berkerakyatan Jordan yang disabitkan membunuh Senator Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy pada 5 Jun 1968. Kennedy meninggal pada hari berikutnya di Good Samaritan Hospital. Sirhan disabitkan bersalah atas pembunuhan dan sedang menjalani hukuman seumur hidup di dalam penjara Richard Corp. Donovan Correctional Facility di San Diego County, California.
Sirhan Sirhan | |
---|---|
Kelahiran | Sirhan Bishara Sirhan سرحان بشارة سرحان 19 Mac 1944 |
Pekerjaan | Penjaga kuda |
Status jenayah | Dipenjarakan di Richard J. Donovan Correctional Facility di San Diego County, California |
Pertuduhan jenayah | Pembunuhan Robert F. Kennedy |
Penalti | Mati pada 1969; diringankan ke penjara seumur hidup pada 1972 |
Sirhan dilahirkan di Jerusalem, Palestin sebagai seorang Kristian berbangsa arab dan dia bersekolah di sekolah aliran kristian lutheran di sana. Pada tahun 1989, dia mengatakan kepada David Frost, Satu-satunya hubungan saya dengan Robert Kennedy adalah satu-satunya sokongannya kepada Israel dan percubaannya yang sengaja untuk menghantar 50 pengebom jet pejuang itu ke Israel untuk jelas membahayakan rakyat Palestin. Sebilangan sarjana percaya bahawa pembunuhan itu adalah insiden keganasan politik pertama di Amerika Syarikat yang berpunca dari konflik Arab-Israel di Timur Tengah.
Sirhan dilahirkan dalam keluarga kristian Arab Palestin di Jerusalem, Palestin. Sebagai seorang anak yang dibesarkan di Tepi Barat, Sirhan mengalami trauma dengan keganasan perang Arab-Israel, termasuk kematian kakaknya, yang terkorban akibat bedilan kereta kebal milik tentera Jordan.
Ketika Sirhan berusia 12 tahun, keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat, bermula di New York dan kemudian berpindah ke California. Di Altadena, dia memasuki alam persekolahan di Eliot Junior High School kemudian di John Muir High School dan seterusnya di Pasadena City College, Pasadena. Bapa Sirhan, Bishara, seorang lelaki yang tegas dan sering memukul anak-anaknya dengan kasar. Tidak lama selepas keluarga berpindah ke California, Bishara kembali sendirian ke Timur Tengah semula. Beliau berketinggian 5 kaki 5 inci (165 cm) dan memepunyai berat 120 paun (54 kg) pada usia 20 tahun, Sirhan berpindah ke Corona untuk berlatih untuk menjadi seorang joki lumba kuda, tetapi kehilangan pekerjaannya dan meninggalkan pengajiannya setelah mengalami kecedaraan kepala dalam kemalangan lumba kuda tersebut.
Sirhan tidak pernah menjadi menyatakan kewarganegaraannya sebagai rakyat Amerika Syarikat, malah mempertahankan kewarganegaraannya sebagai rakyat Jordan. Ketika di peringkat dewasa, dia mengubah kewarganegaraannya setelah di baptiskan di dalam gereja Advent Tujuh Hari. Tahun 1966, dia bergabung dengan organisasi okultisme Ancient Mystical Order of the Rose Cross, dan dikenali sebagai Rosicrucians.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.