Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Remove ads

Sehingga kini, terdapat 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ditubuhkan di seluruh Malaysia.

Thumb
frames

Sejarah

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Nik Mohd Mohyideen Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Nik Mohd Mohyideen Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.[1]

Remove ads

Matlamat SMKA

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
  • Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

Objektif SMKA

SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:

  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.

Falsafah Pendidikan SMKA

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."

Visi SMKA

Melahirkan Modal Insan Teknokrat Agama (Mutadayyin)

Misi SMKA

Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :

  • Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
  • Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
  • Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
  • Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini
  • Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar
Remove ads

Keistimewaan

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah dan bertanggungjawab

Syarat kemasukan

Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minimum berikut :

Tingkatan Satu

  • Mendapat 6A/5A 1B ( SK )
  • Boleh membaca Al-Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 12 tahun atau 13 tahun yang lahir pada 31hb Disember (tahun semasa)
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat

  • Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam mata-mata pelajaran lain
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus mata pelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun
Remove ads

Senarai Mata Pelajaran Ditawarkan

Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Asas Sains Komputer
  • Hifz Al Quran (SMKA TMUA)
  • Maharat Al Quran (SMKA TMUA)


Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Prinsip Perakaunan
  • Perniagaan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Hifz Al Quran (SMKA TMUA)
  • Maharat Al Quran (SMKA TMUA)

Pra-Universiti (Tingkatan 6)

  • Pengajian Am
  • Bahasa Melayu
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Arab
  • Tahfiz Al Quran (TMUA)
  • MUET

Senarai SMKA

Senarai SMKA adalah seperti berikut:

JPN Perlis

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Kedah

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Pulau Pinang

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Perak

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Selangor

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Wilayah Persekutuan

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Negeri Sembilan

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Melaka

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Johor

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Pahang

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

34

JPN Terengganu

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Kelantan

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Sabah

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...

JPN Sarawak

Maklumat lanjut No., Nama Sekolah ...
Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads