From Wikipedia, the free encyclopedia
SM Sains Batu Pahat diserahkan oleh pihak kontraktor kepada kerajaan Malaysia pada 21 Mac 2012. Serentak dengan itu, pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah melantik Cikgu Mohammad Azman bin Abdul Hamid sebagai Penyelaras Sekolah. Dengan keluasan 50 ekar, sekolah yang berlokasi di KM8, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-65 di negara ini. Sesuai dengan matlamat penubuhannya, sekolah ini telah dilengkapi dengan prasarana pendidikan terkini bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pentas dunia. Keadaan ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan aspirasi pendidikan Sekolah Berasrama Penuh. Lokasi sekolah yang dikelilingi pergunungan dan kehadiran pelangi yang sering kelihatan di sebalik Gunung Banang menenangkan suasana. Kedudukannya berjajaran dalam hub pendidikan Parlimen Batu Pahat seperti Sekolah-sekolah, Institut Pengajian Pendidikan Tinggi dan juga Kem Tentera Darat.
SM Sains Batu Pahat | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia KM 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat,, Johor Darul Ta'zim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, |
Moto | Integriti, Kredibiliti & Inovatif |
Afiliasi agama | Islam |
Ditubuhkan | 2 Mei 2012 |
Autoriti pendidikan | Batu Pahat |
Nombor sekolah | +6074288961 |
Kod sekolah | JEA0024 |
Pengerusi PIBG | En. Shanusi Bin Ahmad |
Pengetua | Cikgu Zaleha binti Yaacob |
Tenaga pengajar | 64 orang |
Jantina | Murid Lelaki & Murid perempuan |
Jumlah penuntut | 808 orang |
Kelas | 30 buah |
Kelas ditawarkan | Aliran Sains Tulen |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu |
Bahasa | Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jepun, Perancis, Cina |
Bilik kelas | Amanah, Bijaksana, Cekal, Dedikasi, Taat, Usaha |
Kawasan | 50 ekar |
Slogan | Sehebat Bitara dan Berbudaya |
Lagu | Generasi Berjaya |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cikgu Narima binti Sahuri |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ustaz Yusri bin Yusoff |
Penolong Kanan Kokurikulum | Cikgu Hanitah binti Hussin |
Pada 2 Mei 2012, seramai 90 orang murid Tingkatan 1 telah mendaftar di sekolah ini bersama 16 orang tenaga pengajar.
Kini, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat diterajui oleh Cikgu Zaleha binti Yaacob selaku Pengetua, Cikgu Narima binti Sahuri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Yusri bin Yusoff, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Cikgu Hanitah binti Hussin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.
Visi
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat Unggul Bertaraf Dunia
Misi
Menggilap Potensi Diri Melalui Pendidikan Bertaraf Dunia
Matlamat
1. Meningkatkan peningkatan akademik
2. Melonjakkan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum dan kemahiran insaniah
3. Menyerlahkan sahsiah terpuji
Slogan
Sehebat Bitara Dan Berbudaya
Berikut merupakan pasukan yang mewakili sekolah ke peringkat Daerah, Negeri, dan Kebangsaan.
Persatuan bagi bekas murid Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dikenali sebagai Kumpulan Alumni Sehebat (KASEH). Terdahulu, ianya telah diketuai oleh Allahyarham Saudara Abid Fiqri Iskandar bin Zulkurnain sehingga pemergiannya pada 4 Disember 2022. Persatuan ini masih belum berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana rata-rata alumni yang masih muda. Namun begitu, beberapa program telah dianjurkan oleh KASEH telah diadakan untuk membantu para murid. Antaranya;
Batch | Nama | Tahun SPM |
---|---|---|
1314 | KRYPTONIZER | 2014 |
1415 | XANTHRONS | 2015 |
1216 | New Era Of Sehebat (NEOS) | 2016 |
1317 | United for Victory (UNIVIC) | 2017 |
1418 | XTROVERT | 2018 |
1519 | KRYPTONIZER G2 | 2019 |
1620 | XANTHRONS G2 | 2020 |
1721 | NEON | 2021 |
1822 | UNIVIC G2 | 2022 |
1923 | XTROVERT G2 | 2023 |
2024 | KRYPTONIZER G3 | 2024 |
2125 | XANTHRONS G3 | 2025 |
2226 | NEON G2 | 2026 |
2327 | UNIVIC G3 | 2027 |
2428 | XTROVERT G3 | 2028 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.