Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
Remove ads

Maklumat Sekolah

Thumb

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti

SMK Kamunting Bakti (SMKKB) telah siap dibina pada tahun 2015 dengan peruntukan sebanyak RM28,121,362.69 daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Sekolah ini telah dibina bagi kemudahan penduduk taman perumahan yang berhampiran seperti Taman Kamunting Bakti dan Taman Yayasan. Pada Januari 2016, sekolah ini telah mula beroperasi dengan seramai 16 orang guru dan 163 orang murid Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Pengetua yang pertama ialah Tn. Haji Ahmad Fairus Bin Md Tahir (2016 – 2021). Sekolah ini adalah sekolah campuran harian dan beroperasi dengan satu sesi pagi sahaja.

Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...
Remove ads

Lencana

Bentuk hexagon (segi 6)

Melambangkan aspirasi murid berdasarkan PPPM yang mengandungi 6 elemen iaitu Pengetahuan, Kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika kerohanian dan Identiti Nasional.

Ikon Murid Abad ke-21

Penggunaan teknologi dalam memberi inspirasi kepada murid bersaing dalam dunia global yang dipenuhi cabaran. Ikon ini juga melambangkan murid seimbang dari segi rohani dan jasmani. Murid juga dibimbing untuk berfikir di luar kotak.

Ikon Menuju Kejayaan

Murid sentiasa digalakkan untuk mencapai tahap paling tinggi. Untuk berbuat demikian, murid dididik untuk bekerja keras dan percaya kepada diri sendiri.

Melambangkan keberanian mengharungi abad ke-21. Guru berani menggunakan inovasi untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Murid ditanamkan sifat berani untuk mencuba dan memebri pandangan serta sedia menerima pendapat dan kekalahan dalam nada positif.
Melambangkan keamanan dan ketenangan. Keamanan dipupuk untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dari akar umbi. Ketenangan dapat membuahkan suasana yang lebih yakin dan tersusun yang akhirnya akan melahirkan satu organisasi yang kukuh dan padu.
Melambangkan kesucian dan kemurnian jiwa dalam setiap warga sekolah. Rukun negara menjadi panduan dalam melaksanakan apa jua bidang tugas dengan dedikasi dan tahap kesempurnaan yang paling tinggi.
Remove ads

Lagu Sekolah

Kami Kamunting Bakti

Hidup aman dan sehati

Berwawasan, bertawakal

Akhlak dan ilmu semua

Hidup harus berbakti

Amal sahsiah terpuji

Saling menghormati, baik pekerti

Jadi amalan kami

Pacu misi yang murni

Jayakan transformasi

Didikan mulia sanjung tinggi

Capai visi yang kudsi

Kreatif dan inovatif

Menjulang aspirasi

Insan terbilang misi gemilang

Amalan hidup kami

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads