sekolah menengah di Baling, Kedah From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling atau nama ringkasnya SMK Baling, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kulim Baling.
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Kulim Baling, 09100, Baling, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1966 |
Nombor sekolah | 6044701218 |
Kod sekolah | KEA0035 |
Faks | 6044702577 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Baling memiliki 410 pelajar lelaki dan 802 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1212 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling telah dibina pada tahun 1966. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Malik Ibnu Almarhum Sultan Badlishah, DK, SPMK, PSB Pemangku Sultan Kedah Darul Aman pada hari Rabu 28hb April 1974.
Persekolahan Menengah di Baling bermula pada bulan April 1962, dan ini merupakan asas kepada penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling sekarang. Pada 28 Ogos 1974, DYMM Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Tunku Badlishah, Pemangku Sultan Kedah telah merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling.
Sekolah ini pernah menjadi sekolah luar bandar terbaik pada tahun 2003 dan 2005.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.