sekolah rendah di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Kebangsaan Sri Labis atau nama ringkasnya SK Sri Labis, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 1421, Jalan Muar.
Sekolah Kebangsaan Sri Labis | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia JKR 1421, Jalan Muar, 85300, Labis,, [Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6079254193 |
Kod sekolah | JBB7046 |
Guru besar | Zulkefli Bin Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Sumail Bin Nasir |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Rais Bin Zainal |
Penolong Kanan Kokurikulum | Raja Maznurah Binti Raja Mazlan |
Faks | 6079254193 |
Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Sri Labis memiliki murid seramai 399 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2023
SK Sri Labis terkenal dengan sikap lucu guru-gurunya terutamanya Cikgu Hafiz.
Cikgu Hafiz juga bijak mengawal lalu lintas kerana tugasnya sebagai guru Keselamatan Jalan Raya.
Tidak dilupai juga GPK Kokurikulum, Cikgu Raja Maznurah Binti Raja Mazlan yang lucu, pandai menyanyi dan menari.
Motto sekolah ialah 'Berusaha Tanpa Mengalah' manakala slogan sekolah ialah SRILS HOBAT
Bermula dengan nama "National Type Primary School Labis"
pada tahun 1955. Kemudian bertukar nama "Labis English School(P), Labis" pada tahun 1963. Pada 1966, ia ditukar menjadi "Sekolah Rendah Inggeris, Labis" Pada 1976 dikenali sebagai "Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Labis, Labis" Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 sekolah ini bertukar nama sebagai "Sekolah Kebangsaan Sri Labis"
Antara guru semasa yang terpahat dalam sejarah SK Sri Labis ialah guru paling veteran dan lama di Sri Labis iaitu Cikgu Darus. Cikgu Noralifah dan Cikgu Sumail juga antara orang lama di SK Sri Labis dan boleh dijadikan pakar rujuk di sini.
Cikgu Musrom juga agak lama namun kesibukannya dalam bidang ICT sedikit menyukarkan para pengunjung untuk menyoalnya. Beliau sering kelihatan di stor sukan milik Cikgu Faisal. Stor sukan itu juga ialah tempat untuk guru-guru memakan lempeng ketika waktu lapang.
Pada bulan September 2024, kemasukan Cikgu Ahmad Shamin,juga bekas murid SK Sri Labis sendiri, sebagai guru ganti sedikit sebanyak mengubah dinamika sosialisasi guru-guru di SK Sri Labis dan menunjukkan erti fungsi yang sebenar dalam paradoks keguruan dan elemen pendidik yang acapkali diutarakan sebagai semakin pudar di era masa kini.
Namun demikian, khidmatnya telah tamat pada penghujung Oktober dan diakhiri dengan lagu 'Salam Dunia' yang dinyanyikan oleh Cikgu Shamin sendiri, tetapi disalah anggap sebagai menyanyikan lagu raya sempena Deepavali, kemungkinan menyebabkan murid-murid India menangis kesayuan kerana terkenangkan kampung halaman.
Sekolah Kebangsaan Sri Labis mempunyai beberapa tunjang dalam akademik, kokurikulum dan koakademik. Kelebihan sekolah ialah memiliki kekuatan bagi pasukan bola sepak yang dilatih oleh Cikgu Faisal yang digelar sebagai SRILS KIDS.Tahun ini,beliau membuat sedikit kelucuan dengan menempah jersi pasukan bersaiz bayi.
Namun itu tidak menghalang SRILS KIDS untuk tampil di Liga Reto Segamat U12 dan bersaing dengan nama-nama besar seperti Reto,Kemedakians dan juga musuh seLabis,Teen Wolf yang memiliki jurulatih import dan akademi sendiri.
Antara tunjang lain ialah guru memanah iaitu Cikgu Asri juga cikgu Hafiz yang menjadi anak angkat JPJ. Beliau rajin mengecat lantai dan mengecat pelbagai benda kecuali galeri sejarahnya yang masih menjadi sejarah.
Cikgu Hawa pula adalah pakar dalam rumah sukan,mengetuai rumah kuning tanpa turun takhta sejak sekian lama berdasarkan prestasi cemerlang beliau. Beliau juga boleh disandarkan untuk menjadi cepron untuk pasukan olahraga sekolah. Namun begitu,beliau telah berpindah ke SK Labis. Mampukah SK Sri Labis menggantikan beliau untuk mengekalkan prestasi pasukan olahraga sekolah? Sama-sama kita saksikan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.