bahan kimia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sefuroksim, antaranya dijual di bawah jenama Zinacef, merupakan sebuah antibiotik yang digunakan untuk merawat dan mencegah beberapa jenis jangkitan bakteria,[1] yang termasuk radang peparu, meningitis, otitis media, sepsis, jangkitan saluran kencing dan penyakit Lyme.[2] Ia digunakan melalui mulut atau suntikan ke dalam vena atau otot.[2]
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Zinacef, Ceftin, dan lain-lain |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
MedlinePlus | a601206 |
Data lesen |
|
Kategori kehamilan |
|
Kaedah pemberian | Intraotot, Intravena, melalui mulut |
Kelas ubat | Antibiotik (sefalosporin generasi ke-2) |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Data farmakokinetik | |
Bioketersediaan | 37% apabila perut kosong, sehingga 52% apabila diambil selepas makan |
Penyingkiran separuh hayat | 80 minit |
Perkumuhan | Melalui air kencing, 66–100% tidak berubah |
Pengecam | |
| |
CompTox Dashboard (EPA) | |
ECHA InfoCard | 100.054.127 |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C16H16N4O8S |
Jisim molar | 424.38 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
| |
(verify) |
Kesan sampingan umum termasuklah loya, cirit-birit, tindak balas alahan, dan sakit di tapak suntikan.[2] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk jangkitan Clostridium difficile, anafilaksis dan sindrom Stevens-Johnson.[2] Penggunaan semasa mengandung dan penyusuan bayi dipercayai selamat.[3] Ubat ini merupakan sefalosporin generasi kedua dan berfungsi dengan mengganggu keupayaan bakteria untuk membuat dinding sel yang mengakibatkan kematiannya.[2]
Sefuroksim telah dipatenkan pada tahun 1971, dan diluluskan untuk kegunaan perubatan pada tahun 1977.[4] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[1] Seminggu rawatan dengan ubatan tersebut yang diambil melalui gastrousus menelan kos NHS kira-kira £18 pada 2019 di United Kingdom.[1] Di Amerika Syarikat, kos borong bagi jumlah dos seminggu ini ialah kira-kira memakan kos sekitar AS$8.50.[6] Pada 2017, ia merupakan ubat ke-342 yang paling kerap dipreskrib di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 800 ribu preskriban setahun.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.