Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Santo Georgios (Yunani: Γεώργιος , Geṓrgios; Latin: Georgius - bahasa Inggeris: Saint George; meninggal pada 23 April 303[4] ) merupakan seorang askar bangsa Yunani Cappadocia yang berkhidmat sebagai seorang Pengawal Praetoria untuk Maharaja Diocletian; beliau dijatuhi hukuman mati kerana enggan menafikan iman Kristiannya. Dia menjadi salah seorang santo dan martir paling dihormati dalam agama Kristian.
Georgios dari Lydda | |
---|---|
Martir | |
Lahir | Cappadocia |
Meninggal | 23 April 303 Nicomedia, Bithynia, Empayar Romawi[1][2] |
Dihormati oleh |
|
Tempat keramat |
|
Hari perayaan |
|
Atribut | Clothed as a crusader in plate armour or mail, often bearing a lance tipped by a cross, riding a white horse, often slaying a dragon. In the Greek East and Latin West he is shown with St George's Cross emblazoned on his armour, or shield or banner. |
Naungan | Many Patronages of Saint George exist around the world |
sunting |
Santo ini banyak dijadikan sebagai tokoh penaung untuk sebilangan negara dan negeri (terutamanya England, Habsyah, Georgia dan Catalonia), bandar, universiti dan organisasi tertentu.
Riwayat hidupnya diceritakan dalam beberapa keadaan yang berbeza: ada dua versi utama:
Kedua-duanya penceritaan ini boleh dikesan seawal abad ke-5 atau ke-6. Penghormatan orang suci pada abad ke-5 dengan kepastian, dan mungkin masih ke ke-4.
Georgios dilahirkan dalam kalangan masyarakat Kristian Yunani, di Cappadocia. Bapanya meninggal sebagai martir ketika George berusia empat belas tahun, dan ibunya kembali dengan George ke tanah airnya di Syria Palaestina. [5] ibunya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Georgios pergi ke ibukota Nicomedia untuk menyertai tentera Rom.[6] Beliau dianiaya oleh seorang Dadianus - menurut suatu versi lama penceritaan ini, nama tersebut dipadankan kepada Diocletian maka bisa disimpulkan bahawa Georgios mati diseksa dalam pemerintahan maharaja tersebut pada 303M. Penetapan di Nicomedia juga sekunder, dan tidak konsisten dengan kultus terawal orang suci yang terletak di Diospolis.[7]
Georgios dihukum pancung pada 23 April 303. Maharani Alexandra yang menyaksikan hukuman tersebut menjadi terkesan dengan kejadian ini sehingga memeluk agama Kristian tidak lama kemudian. Mayat Georgios dibawa ke Lydda untuk dikebumikan, di sanalah beliau menjadi diagungkan para penganut Kristian sebagai seorang yang rela mati mempertahankan agamanya.[8][9]
Penceritaan dalam Acta Sancti Georgii (abad ke-6) hampir mirip penceritaan Yunani namun maharaja yang menyeksanya diberi nama Dacian, Maharaja Persia . George tinggal dan mati di Melitene di Cappadocia. Kematiannya diceritakan lebih teliti di mana beliau diseksa lebih daripada dua puluh kali selama tujuh tahun. Selama tempoh ini juga, sebanyak 40,900 orang penyembah berhala memuluk agama Kristian, termasuk permaisuri Alexandra. Apabila Georgius akhirnya meninggal dunia, Dacian menjadi mangsa suatu angin badai api.
Dalam beberapa versi lainnya, ada yang menyatakan Maharaja Decius atau seorang hakim yang bernama Dacian yang berkhidmat di bawah Diocletian yang menyeksa askar tersebut.[10]
Terdapat beberapa penceritaan dalam dunia Islam yang menerangkan mengenai seorang tokoh yang dilihat miripnya (diberi nama bahasa Arab Jiriyas atau Girgus - جرجس ). Sumber-sumber ini menyatakan bahawa beliau datang dalam kalangan sekumpulan orang yang mengenali sahabat atau pengikut Nabi Isa.
Beliau digambarkan sebagai seorang saudagar kaya yang menentang pembinaan sebuah patung dewa Apollo oleh Dadan, seorang raja yang memerintah kota Mosul pada ketika itu. Jiriyas diseksa berkali-kali tanpa belas kasihan serta dipenjarakan namun diringankan sakitnya oleh para malaikat. Jiriyas akhirnya mendedahkan bahawa berhala-berhala itu dimasuki Iblis, namun telah mati syahid saat kota itu dihancurkan suatu hujan api diturunkan Allah. [11]
Tokoh ini sangat disanjungi baik dalam mazhab-mazhab gereja Barat dan Timur sehingga dinampakkan di seluruh dunia.[12] Nama beliau turut dijadikan nama orang dan tempat terkenal baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Beliau paling utamanya dijadikan santo penaung negeri England. Suatu bendera yang menggambarkannya iaitu "Salib Santo George" (Saint George's Cross) - sebuah salib merah atas latar putih - dijadikan bendera kebangsaan negeri itu, malah dimasukkan dalam bendera Union Flag yang dipakai United Kingdom serta kawasan yang dijajah atau dinaunginya seperti Australia dan New Zealand. Tokoh ini turut dijadikan santo penaung kerabat diraja British sejak abad ke-14.[13]
Tokoh ini turut dijadikan santo penaung Habsyah,[14] lebih-lebih lagi sebagai tokoh utama dalam Gereja Ortodoks Habsyi yang digambarkan pada gereja-gereja sana. [15]
Negara Georgia yang terletak di selatan Caucasus, Asia Tengah turut menyanjungi beliau: sebanyak 365 buah gereja dinamakan sempena tokoh ini di negara tersebut, bukan sahaja sebagai mewakili bilangan setiap hari dalam setahun malah memperingati keadaan mayat Georgios yang mati dikerat-kerat kepada bahagian sebilangan demikian setelah tewas dalam suatu peperangan, dan setiap bahagian tersebut ditabur di serata Georgia..[16][17][18] Walau bagaimanapun, nama negara tersebut tidaklah sempena orang ini - nama negara ini dalam bahasa masyarakat setempat ia adalah Sakartvelo. (საქართველო), manakala nama ia dalam bahasa Inggeris dinamakan daripada perkataan Gurj, ia berakar daripada perkataan bahasa Parsi gurj atau gurjān yang bermaksud "serigala".[19][20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.