From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk rangkaian UMTS.
Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji. Selain 140 bait ini, ada data-data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih panjang daripada 140 bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali.
SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.
Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari, pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada pusat pesanan ini.
SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS secara perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak murah dan kerap digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di kalangan pengguna yang agak berusia.
Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang, biasanya pesanan SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere, talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.
Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik dalam masyarakat. Beberapa petikan:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.