Profesor Shunmugam Jayakumar (lahir 12 Ogos 1939) ialah Timbalan Perdana Menteri Singapura. Beliau juga merupakan Menteri Keselamatan Kebangsaan dan Menteri Undang-Undang republik ini. Beliau dikenali secara rasmi sebagai S Jayakumar. Beliau ialah Anggota Parlimen bagi kawasan Bedok. Dia pernah menjadi Menteri Luar Singapura dari tahun 1994 hingga tahun 2004.
Kehidupan awal
S. Jayakumar ialah rakyat Singapura berbangsa Tamil India. Beliau menuntut pelajaran di Institusi Raffles dan Universiti Nasional Singapura dan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kehormat). Dia menjadi peguam pada tahun 1964. Dia kemudian menerima Ijazah Sarjana Undang-undang di Sekolah Undang-undang Yale dan mengajar di Fakulti Undang-undang di Universiti Nasional Singapura. Dia menjadi Dekan Fakulti Undang-undang pada tahun 1974. Dari tahun 1971 hingga 1974, dia berkhidmat sebagai Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi Pesuruhjaya Tinggi di Kanada.
Menceburi politik
Pada tahun 1980, Jayakumar dipilih menjadi Anggota Parlimen (AP) dan kemudian dilantik menjadi Menteri Negara bagi Undang-undang dan Menteri Negara bagi Dalam Negeri pada tahun 1981. Dia menjadi Menteri Buruh pada tahun 1984 dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1985.
Dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 12 Ogos 2004 dalam kabinet Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Pada 1 September 2005 Jayakumar mengambil alih satu lagi jawatan iaitu Menteri Koordinator bagi Keselamatan Negara untuk menyelia operasi anti-pengganas di Singapura. Beliau mengambil alih tanggungjawab ini daripada Tony Tan.
Pautan luar
- (Inggeris) http://www.cabinet.gov.sg/CabinetAppointments/Prof+S.+JAYAKUMAR.htm - Biografi rasmi
Didahului oleh ? |
Menteri Undang-undang 1988 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Lee Hsien Loong |
Timbalan Perdana Menteri Singapura 2004 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Tony Tan |
Menteri Koordinator bagi Keselamatan Negara 2004 – kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Chua Sian Chin |
Menteri Dalam Negeri 1988-1994 |
Diikuti oleh: Wong Kan Seng |
Didahului oleh Wong Kan Seng |
Menteri Luar Negeri 1994-2004 |
Diikuti oleh: George Yeo |
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.