Rosecomb
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rosecomb adalah sejenis baka ayam yang dikenali kerana bentuk balungnya yang tersendiri. Rosecomb adalah sejenis ayam katik sebenar. Rosecomb ini juga adalah sejenis baka ayam katik yang tertua dan popular. Sebagai ayam hiasan, baka ini bukan merupakan baka penelur yang baik dan tidak sesuai dalam industri pengeluaran daging.
Sejarah
Rosecomb adalah sejenis baka ayam bantam yang tua. Ia dipercayai berasal dari Great Britain. Sejarah baka ini bermula pada tahun 1483 berdasarkan sebuah dokumen yang menyatakan seorang yang bernama John Buckton, pemilik Angel Inn di Grantham telah membela Rosecomb hitam yang diwarisi dari bapa beliau. Dokumen ini mengesahkan Rosecomb telah wujud sebelum tahun 1483. Ayam ini dinyatakan memiliki balung yang menonjol dan sepasang cuping berbentuk bulat dan berwarna putih. Dua ciri penting bagi Rosecomb. Dokumen ini juga menyebut Raja Richard ke-3, yang menyewa bilik di Inn ini telah membeli beberapa ekor Rosecomb dan menjadikan ia popular di English.
Standard
Berat
- Jantan - 625-740 gram
- Betina - 570-625 gram
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.