From Wikipedia, the free encyclopedia
Ronald "Ron" Bilius Weasley (lahir pada 1 Mac 1980) merupakan watak rekaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter. Setakat ini, Rupert Grint telah melakonkan watak ini bagi keempat-empat filem pertama Harry Potter.
Watak Harry Potter | |
---|---|
Ronald Weasley, dilakonkan oleh Rupert Grint | |
Ronald "Ron" Weasley | |
Jantina | Lelaki |
Warna rambut | Merah |
Warna mata | Biru |
Kediaman | Burrow |
Rumah | Gryffindor |
Sekolah | Hogwarts |
Keturunan | Sihir |
Patronus | anjing (anjing terier Jack Russell) |
Sekutu | Tentera Dumbledore, Kumpulan Phoenix, Harry Potter |
Dilakonkan oleh | Rupert Grint |
Kemunculan pertama | Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem) |
Dua rakan baiknya di Sekolah Sihir Hogwarts merupakan watak utama siri tersebut iaitu Harry Potter dan Hermione Granger.Harry dan Ron bertemu buat kali pertama ketika di stesen King's Cross iaitu sebelum melangkah ke Platform 9¾. Mereka berkongsi gerabak dan ketika itulah Ron menunjukkan binatang belaannya, Scabbers dan Harry berkongsi manisan bersama.
Mereka banyak menghabiskan masa bersama di Hogwarts dan memang sukar dipisahkan.
Ron adalah anak kepada pasangan Arthur Weasley dan Molly Weasley, yang merupakan keturunan keluarga ahli sihir tulen. Ron adalah anak keenam daripada tujuh adik beradik. Ron dibesarkan di Burrow, berhampiran perkampungan Ottery St. Catchpole di Devon. Ron memiliki 5 orang abang, Bill, Charlie, Percy, Fred dan George, serta seorang adik perempuan, Ginny.
Sebahagian besar rakannya di Gryffindor memanggilnya Ron, kecuali Luna Lovegood dari Ravenclaw yang memanggilnya Ronald dan Lavender Brown yang memanggilnya Won-Won ketika mereka menjadi kekasih. Fred dan George memanggilnya Ickle Ronniekins pada buku pertama. Draco Malfoy dan pelajar Slytherin biasanya memanggil nama keluarganya. Dobby si pari-pari rumah pernah memanggilnya Wheezy.
Pada awalnya, bapa Ron bekerja sebagai ketua Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle, sebuah bahagian kecil di Kementerian Sihir. Ron sering diejek (oleh Malfoy dan konco-konconya) tentang kemiskinan keluarganya dan ini seringkali membuatnya kesal dan kecewa. Walaupun tidak memiliki banyak wang, Artur dan Molly membesarkan anak-anaknya dengan kasih sayang dan adab yang baik. Biarpun abang-abangnya – terutama si kembar – sering membuli Ron, mereka juga sangat prihatin terhadapnya (termasuk Percy). Sebenarnya, Ron beruntung dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang memiliki ikatan kekeluargaan yang erat, namun dia sering tidak menyedarinya. Berbezalah dengan Harry yang kaya (di dunia sihir), namun hidup dengan ibu dan bapa saudaranya tidak menyayanginya. Harry sendiri mengaku bahwa Burrow adalah tempat kedua yang paling disenanginya (setelah Hogwarts) dan dia selalu gembira untuk kembali ke rumah keluarga Weasley yang ceria.
Templat:Spoiler Ciri-ciri fizikal Ron adalah berambut merah (seperti anak-anak Weasley yang lain) dan bermata biru. Beliau kurus, berbintik-bintik di wajahnya, berhidung panjang dan memiliki tangan dan kaki yang berukuran besar.
Abang Ron semuanya memiliki kemahiran dalam bidang tertentu; dan kadang-kala hal ini membuatkan Ron tertekan kerana selalu dibayangi kejayaan abang-abangnya, dan dia memiliki keinginan kuat untuk diperhatikan bagi sesuatu yang benar-benar dilakukannya. Ketika dalam Hogwarts Express untuk pertama kalinya, Ron menceritakan pada Harry, "Aku adalah yang keenam dalam keluarga yang masuk ke Hogwarts. Boleh dikatakan banyak yang diharapkan dariku. Bill dan Charlie sudah tamat belajar dan meninggalkan Hogwarts – Bill dahulu Ketua Pelajar dan Charlie Kapten Quidditch. Sekarang Percy terpilih menjadi Pengawas. Fred dan George banyak bermain, tapi mereka bagus dan semua orang menganggap mereka bijak. Semua orang mengharapkan aku berprestasi sebaik mereka, tetapi walaupun aku berjaya, ini bukan perkara yang istimewa, kerana mereka sudah melakukannya terlebih dulu. Kau juga tidak akan memiliki barangan baru, kalau punya lima orang abang. Jubah dan pakaianku milik Bill, tongkatku milik Charlie, dan tikus tua ini dulu milik Percy."-Ron Weasley dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone
Di sekolah, Ron juga kadang-kala berada di bawah bayangan dua sahabat karibnya. Hermione yang cerdas adalah pelajar terpandai di sekolah; Harry adalah pemain Quidditch berbakat dan terkenal. Walau bagaimanapun, kesetiaan Ron terhadap sahabatnya tidak perlu dipersoalkan. Dia tidak segan-segan menghareungi bahaya untuk melindungi sahabatnya dan mudah tersinggung ketika orang menghina rakan mahupun keluarganya.
Ketika meningkat dewasa, Ron mula memperlihatkan kemampuannya. Dia terpilih sebagai Pengawas dan Keeper Gryffindor. Pada mulanya banyak orang yang mempertanyakan persembahan Ron sebagai Keeper (terutama ketika Harry menjadi Kapten Pasukan Gryffindor, dan banyak yang beranggapan Harry memilih Ron kerana mereka bersahabat). Ron sebenarnya adalah Keeper yang hebat, tapi kadang-kala kurang percaya pada diri sendiri ketika bertanding di hadapan orang ramai, apatah lagi jika diiringi lagu "Weasley Raja Kami" oleh pelajar Slytherin. ("Jadi, apa yang harus kita lakukan hanyalah meminta penonton pusing belakang dan bercakap sesama sendiri setiap kali Quaffle menuju ke arahnya…" –Fred Weasley dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix). Mujurlah Ron berangsur-angsur memperbaiki penampilannya dan membuktikan bahawa Harry (dan Angelina Johnson) tidak salah memilihnya sebagai Keeper. Ron adalah pemain Catur Sihir yang hebat. Watak Ron sering diselarikan dengan watak nombor dua seperti Sam Gamgee dalam trilogi Lord of the Rings dan Han Solo di Star Wars
Ron adalanya sering memberi komen yang sinis, walaupun lucu. Dia seringkali bingung menghadapi sesuatu, terutama yang berkaitan dengan perempuan. Sejak buku ketiga, Ron mula menampakkan tanda-tanda yang dia menyukai Hermione, walaupun mereka sering bertengkar. Dalam buku keenam, sudah jelas kelihatan minatnya pada Hermione, dan demikian pula sebaliknya. Hal ini juga disaksikan oleh Harry (walaupun Harry juga cemas apabila risau hubungan mereka tidak berhasil dan dia terlibat antara keduanya).
Ron masuk ke Hogwarts ketika berumur 11 tahun. Dia bertemu dengan Harry buat pertama kali ketika Harry mengalami kesukaran mencari platform 9 ¾ di Stesen King’s Cross. Mereka berada di gerabak yang sama dalam Ekspres Hogwarts dan saling bertukar cerita. Dalam Ekspres Hogwarts pula, buat pertama kalinya mereka bertemu dengan Hermione.
Ron dan Harry dipilih masuk ke Gryffindor (sama seperti abang-abang Ron sebelumnya). Mereka turut berada satu bilik asrama dengan Neville Longbottom, Seamus Finnigan dan Dean Thomas.
Harry dan Ron pada awalnya tidak menyukai Hermione yang bersifatnya yang mendesak dan merasakan dia tahu segalanya. Namun setelah mereka sama-sama berhadapan dengan Trol di tandas pelajar perempuan ketika malam Halloween dan menyelamatkan Hermione serta Hermione sanggup menipu guru untuk melindungi Harry dan Ron, sejak itulah mereka bersahabat.
Dalam Cermin Tarsah, Ron melihat dirinya sebagai Ketua Pelajar dan Kapten Quidditch.
Ron berperanan besar dalam mendapatkan Batu Hikmat. Kepandaiannya bermain Catur Sihir menyebabkan Harry boleh melepasi buah catur raksasa dengan selamat, walaupun Ron harus merelakan dirinya tercedera.
Dalam Jamuan Perpisahan, Dumbledore menghadiahi Ron 50 mata "…untuk permainan catur paling hebat yang belum pernah dilihat Hogwarts dalam tahun-tahun kebelakangan ini."
Ketika cuti musim panas, Ron menulis surat untuk Harry beberapa kali, tetapi tidak pernah dibalas (kerana Hedwig, burung hantu Harry, dikurung oleh keluarga Dursley). Lagipun, suratnya telah diambi oleh Dobby. Ron cemas dan meyakinkan Fred dan George untuk menerbangkan Ford Anglia milik bapa mereka yang telah diubahsuai untuk menyelamatkan Harry. Mereka berjaya namun setibanya mereka di Burrow, Ron, Fred dan George dimarahi ibu mereka.
Setelah Dobby si Pari-pari Rumah menghalang Ron dan Harry memasuki Platform 9 ¾, Ron mendapat ilham untuk menerbangkan Ford Anglia ke Hogwarts. Mereka nyaris berjaya tetapi ketika di halaman Hogwarts, tiba-tiba kereta itu kehilangan tenaga dan menerjah Dedalu Perkasa. Itu menyebabkan tongkat Ron patah. Dia cuba untuk melekatkannya dengan Spellotape, tetapi tongkat yang dahulunya milik Charlie itu tidak bleh berfungsi seperti biasa. Kemudian, 'disambut' oleh Snape yang gembira kerana mempunyai kesempatan untuk membuang mereka dari Hogwarts, tetapi mujurlah mereka segera diselamatkan oleh Dumbledore. Pada keesokan harinya, Ron menerima Howler daripada ibunya.
Ron, Harry, dan Hermione mencurigai Draco Malfoy sebagai pewaris Slytherin yang membuka Bilik Rahsia. Untuk menyiasat hal ini, Ron dan Harry meminum Posyen Polijus dan menyamar sebagai Vincent Crabbe dan Gregory Goyle. Hasilnya, mereka mengetahui bahawa Malfoy bukanlah pewaris Slytherin dan Hermione terpaksa bermalam di hospital kerana rambut yang dianggapnya milik Millicent Bulstrode sebenarnya adalah bulu kucing.
Ron bertengkar dengan Malfoy kerana memanggil Hermione "Darah Lumpur". Ron cuba mengenakan jampi ke atas Malfoy, namun jampinya berbalik mengena dirinya sendiri sehingga menyebabkan dia memuntahkan lintah bulan.
Ron turut yang memberikan petunjuk pertama tentang identiti Tom Riddle. Setelah Harry menemui diari Riddle, Ron ingat bahawa dia pernah melihat nama "T.M. Riddle" pada sebuah trofi "Penghormatan Terhadap Sekolah".
Dalam usaha untuk mencari pewaris Slytherin, Ron terpaksa untuk mengatasi ketakutan terbesarnya, iaitu labah-labah. Hagrid meninggalkan petunjuk pada Ron dan Harry untuk mengikut labah-labah yang membawa mereka ke sarang Aragog. Walaupun Ron sangat ketakutan, namun mereka kini pasti bahawa bukan Hagrid yang membuka Bilik Rahsia 50 tahun yang lalu.
Ketika Ron mengetahui bahawa adiknya Ginny telah dibawa ke Bilik Rahasia dan berkemungkinan akan dibunuh dan ditinggalkan di sana, dia dan Harry berusaha menyelamatkannya. Mereka menemui pintu masuk ke Bilik Rahsia dalam tandas yang dihantui oleh Myrtle Mengerang. Mereka memasuki Bilik Rahasia bersama Gilderoy Lockhart. Lockhart berusaha untuk mengenakan Mantera Pelupa dengan tongkat Ron, namun sekali lagi jampi itu mengena dirinya sendiri menyebabkan dia hilang ingatan dan kemudiannya dirawat di St.Mungo. Ron terperangkap dan terpaksa menunggu Harry dan berusaha untuk mengalihkan batu-batu yang runtuh agar Harry boleh kembali.
Ketika cuti, Ron menelefon Privet Drive. Malangnya, panggilan Ron (yang belum pernah menggunakan telefon) diterima oleh Vernon Dursley. Ron menjerit di telefon yang menimbulkan kemarahan Vernon Dursley. Sejak itu, Ron tidak pernah menelefon Harry lagi.
Keluarga Weasley memenangi hadiah 700 Galleon yang digunakan untuk bercuti ke Mesir, mengunjungi anak sulung Weasley, Bill. Dan Ron mendapat tongkat baru untuk menggantikan tongkatnya yang patah.
Dalam Ekspres Hogwarts, Ron, Harry dan Hermione berkongsi gerabak dengan Remus Lupin yang tidur sepanjang perjalanan.
Setibanya di Hogwarts, Ron memarahi Crookshanks, kucing baru Hermione yang selalu mengacau Scabbers, tikus peliharaannya. Ketika Scabbers hilang, Ron mengatakan yang Crookshanks telah membunuhnya. Ini membuatkan Ron dan Hermione tidak bercakap selama hari.
Ketika Krismas, Ron dan Harry marah pada Hermione kerana mengadu pada McGonagall tentang Firebolt yang diterima Harry tanpa mengetahui siapa pengirimnya. Hermione mengagak yang penyapu tersebut telah dijampi untuk mencederakan (mungkin membunuh) Harry. Tapi setelah diperiksa dan dikembalikan pada Harry, mereka kembali berbaik dan Ron mengambil alih tugas mempersiapkan pembelaan Buckbeak setelah Hermione tertekan akibat beban pelajarannya.
Harry, Ron dan Hermione yang hendak menyaksikan pemancungan Buckbeak terganggu disebabkan Scabbers tiba-tiba menghilang dan Ron mengejarnya hingga ke Dedalu Perkasa. Seekor anjing besar muncul dan menyeret Ron menuju ke dalam lorong yang terdapat di bawah Dedalu Perkasa yang bersambungan ke Gubuk Menjerit. Harry dan Hermione mengikutnya. Ternyata anjing tersebut adalah Animagus Sirius Black yang menghilang dari Penjara Azkaban. Profesor Lupin, yang mengikut mereka ke Gubuk Menjerit, bersama dengan Sirius, menjampi Scabbers, yang sebenarnya adalah Animagus Peter Pettigrew, sahabat mereka dahulu, yang kemudian menjadi hamba Lord Voldemort yang memberi maklumat tentang kedudukan Keluarga Potter dan mengakibatkan kematian ibu bapa Harry. Ketika Lupin berubah menjadi serigala jadian, Pettigrew berjaya melepaskan diri. Ron yang tercedera harus dirawat di sayap hospital sementara Harry dan Hermione menggunakan Pemutar Masa untuk menyelamatkan Sirius dan Buckbeak. Sirius memberi Ron seekor burung hantu, kerana merasakan dirinya penyebab Ron kehilangan binatang peliharaan. Ginny menamakan burung hantu Ron Pigwidgeon walaupun tidak disukai Ron yang kemudiannya Ron sendiri memanggil burung hantu itu dengan panggilan "Pig".
Ron bersama bapanya, Fred dan George menjemput Harry ke Privet Drive dengan menggunakan Serbuk Floo. Tetapi,. tempat perapian keluarga Dursley adalah perapian elektrik sehingga mereka terperangkap dan perapian itu terpaksa diletupkan. Setelah peristiwa yang huru-hara ini, mereka kembali bersama Harry ke Burrow untuk menghabiskan sisa cuti musim panasnya di sana.
Hermione turut berada di Burrow untuk mengikuti mereka menonton Perlawanan Akhir Piala Dunia Quidditch, dan Ron boleh melihat pemain Quidditch kegemarannya, Viktor Krum.
Di Hogwarts, setelah Harry terpilih sebagai salah satu wira, Ron sangat marah dan mereka tidak bercakap selama berminggu-minggu. Ron marah kerana Harry tidak memberitahunya bagaimana dia dapat memasukkan namanya ke Piala Api tanpa diketahui orang. Namun setelah Harry berjaya melepasi tugasan pertamanya, Ron menyedari bahawa betapa bahayanya kejohana Ahli Sihir Trio dan mereka berbaik semula.
Dalam Majlis Tari Menari Krismas, Ron dan Harry tidak mendapat pasangan sehingga ke saat-saat akhir. Ron yang buntu akal meminta Fleur Delacour, wira Beauxbatons yang berketurunan Veela untuk menjadi teman menarinya. Fleur menolaknya mentah-mentah dan akhirnya Ron pergi dengan Padma Patil, saudara kembar Parvati Patil yang menjadi pasangan Harry. Ron yang sejak awal menyesal dengan jubah gaunnya yang buruk, semakin kesal dengan kenyataan bahawa Krum mengajak Hermione sebagai pasangannya. Ron yang cemburu mengabaikan pasangannya, Padma, dan bertengkar dengan Hermione di akhir majlis.
Dalam tugas kedua, Ron menjadi orang yang harus diselamatkan Harry di dasar tasik.
Ron terpilih sebagai Pengawas bersama Hermione. Hal ini mengejutkan dirinya, keluarganya, dan beberapa orang lain. Mereka menyangka Harry yang akan menjadi Pengawas. Sekembalinya mereka di Hogwarts, Ron menunjukkan kesetiaan kepada sahabatnya ketika Harry dituduh sebagai pembohong kerana mengatakan Voldemort telah kembali.
Kadang-kala, Ron menggunakan kuasa barunya sebagai Pengawas untuk mengancam pelajar lain yang mengancam Harry.
Ron juga menjadi Keeper pasukan Quidditch Gryffindor. Keraguan terhadap dirinya muncul apabila Malfoy dan pelajar Slytherin sentiasa mengganggunya dengan lagu “Weasley Raja Kami” yang mengandungi ejekan tentang kemampuan Ron sebagai Keeper dan kemiskinan keluarganya. Namun, akhirnya Gryffindor berjaya mengejar kembali Piala Quidditch dan pelajar-pelajar Gryffindor juga menggunakan lagu itu (yang sudah diganti liriknya) untuk menyanjungnya.
Ron turut menyokong idea Hermione untuk membuat kumpulan latihan Pertahanan terhadap Ilmu Hitam dengan Harry sebagai ketua mereka. Kumpulan itu kemudian diberi nama Tentera Dumbledore.
Pada penghunjung buku kelima, Ron turut bertarung melawan Death Eater bersama Harry, Hermione, Ginny, Luna dan Neville di Kementerian Sihir. Ron tercedera kerana cengkaman Otak di sana, namun segera sembuh kemudiannya.
Ron menerima keputusan P.S.Bnya dan mendapat 7 PSB sama dengan Harry yang hanya tidak lulus Sejarah Sihir dan Peramalan (“Tapi, siapa peduli!”). Persahabatan Harry dan Ron semakin erat. Mereka telah sampai ke tahap saling memahami yang semakin menunjukkan kedewasaan mereka.
Di Hogwarts, Ron yang tubuhnya bertambah tinggi sepanjang cuti musim panas, menarik perhatian Lavender Brown, apatah lagi setelah Harry yang terpilih sebagai Kapten Pasukan Quidditch Gryffindor kembali memilih Ron sebagai Keeper ketika dalam ujibakat berjaya mengalahkan Cormac McLaggen (yang dikenakan Sihir Confundus oleh Hermione). Ron agak kesal kerana ia tidak diminati Horace Slughorn, dan tidak pernah diajak ke jamuan bersama Kelab Slug. Dalam pelajaran Herbologi, Hermione dengan marah mengatakan bahawa dia sebenarnya akan mengajak Ron untuk pergi ke jamuan malam Krismas yang diadakan Slughorn, namun tidak jadi kerana Ron mengejeknya tentang bagaimana Hermione menjadi kegemaran Slughorn. Ron agak terkejut menerima kenyataan bahwa Hermione akan mengajaknya dan kemudian sikapnya terhadap Hermione lebih baik dan dia tidak lagi menyebutsoal Slughorn ataupun Kelab Slug lagi. Akhirnya Hermione mengajak McLaggen ke jamuan tersebut, walaupun dengan penuh penyesalan kerana dia tidak henti-hentin bercakap tentang Quidditch.
Suatu hari, selesai latihan Quidditch, Ron dan Harry menjumpai Ginny dan Dean Thomas berciuman. Ron sangat marah kerana adiknya berciuman di depan orang ramai dan menimbulkan pertengkaran antara adik-beradik tersebut, yang berakhir dengan Ron mengetahui bahwa Hermione telah mencium Viktor Krum. Hal ini menyebabkan kecemburuan Ron dan pertunjukannya yang sangat buruk ketika latihan Quidditch berikutnya. Dia menyatakan pengunduran dirinya sebagai Keeper yang kemudian ditolak oleh Harry.
Dalam pertandingan melawan Slytherin, Harry pura-pura memasukkan Felix Felicis, posyen tuah, dalam minuman Ron, supaya Ron percaya pada dirinya sendiri. Kesannya amat memberangsangkan. Setelah selesai pertandingan, Hermione menuduh Harry menipu, dan Harry mengatakan bahwa dia tidak memasukkan posyen tersebut. Namun Ron marah kepada Hermione, kerana menganggap Hermione tidak percaya pada kemampuannya. Kemudian di ruang umum Gryffindor, Ron berciuman dengan Lavender, yang menyebabkan Hermione bersedih cemburu.
Setelah Krismas, Hermione masih tidak pedulikan Ron dan selalu megelakkan diri daripadanya, terutama apabila Ron bersama Lavender. Tetapi, Ron mula tidak menyenangi hubungannya dengan Lavender, terutama ketika Lavender memberi hadiah hari jadi berupa rantai bertuliskan My Sweetheart untuknya. Pada hari jadinya itu, Ron tidak sengaja memakan coklat yang berisi Posyen Cinta daripada Romilda Vane yang sebenarnya ditujukan untuk Harry. Harry segera membawanya ke pejabat Slughorn. Ron berjaya dipulihkan, namun setelah itu, dia keracunan disebabkan minuman daripada Slughorn. Harry menyelamatkan nyawanya dengan memasukkan Bezoar ke mulut Ron. Ron dibawa kehospital dan tidak sedar buat beberapa hari. Dalam keadaan tidak sedar ini, tertonjol perasaan Ron ketika dia mengigaukan er-my-knee
Ron mencadangkan Harry menggunakan Felix Felicis untuk mendapatkan memori milik Slughorn. Kemudian, Ron putus hubungan dengan Lavender, yang membuatkannya lega dan akhirnya Ron menyetujui hubungan Harry dan Ginny.
Pada awalnya, Ron tidak bersetuju dengan pendapat Harry bahawa Draco Malfoy menjadi Death Eater. Namun, ia ternyata benar. Pada malam Harry dan Dumbledore keluar untuk mencari Horcrux, Harry menyuarakan ketakutannya bahawa Malfoy akan menggunakan kesempatan ketika ketiadaan Dumbledore untuk menyerang Hogwarts. Harry segera mengatur agar Ron, Hermione, dan Ginny – bersama dengan anggota Tentera Dumbledore yang dapat mereka kumpulkan – untuk mengawasi Malfoy dan Snape. Harry juga memberikan mereka Felix Felicis. Namun Malfoy berhasil melepaskan diri dari pengawasan mereka dan berjaya membukakan jalan untuk Death Eater masuk ke Hogwarts Bilik Keperluan. Ahli TD bersama dengan beberapa anggota Kumpulan Phoenix terlibat dengan pertempuran, dan berkat Felix Felicis, Ron, Hermione, dan Ginny tidak terluka sedikitpun.
Sepanjang pengebumian Dumbledore, Ron yang menenangkan Hermione. Setelah itu, dikhabarkan bahawa berkemungkinan sekolah akan ditutup dan Ron, bersama dengan Hermione, berjanji untuk selalu bersama Harry membantunya mencari dan menghancurkan Horcrux yang masih tinggal serta membunuh Voldemort, walaupun mereka harus meninggalkan sekolah.
Sehingga kini, Rupert Grint melakonkan watak Ron dalam kelima-lima filem Harry Potter. Dikhabarkan juga bahawa Rupert Grint telah menandatangani perjanjian untuk memegang watak yang sama sehingga siri filem tersebut tamat iaitu untuk filem keeenam dan ketujuh. Biarpun Ron digambarkan sebagai watak yang kelakar dalam buku, dalam filem perwatakan Ron lebih lucu. Dalam novel, lawak Ron cenderung muncul dalam komen yang menjengkelkan, manakala dalam filem, kelucuannya amat terserlah dari mimik muka dan perangainya.
Dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, watak Ron mula berkembang. Minatnya pada Hermione mula ditunjukkan. Dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire, watak Ron lebih besar berbanding Hermione, kerana tidak mungkin mengubah jalan cerita bahawa Ron yang harus diselamatkan Harry dalam Tugasan Kedua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.