Republik Sosialis Soviet Armenia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Republik Sosialis Soviet Armenia
Remove ads

Republik Sosialis Soviet Armenia (Armenia: Հայկական Սովետական Սոցիալիստական Հանրապետություն Haykakan Sovetakan Soc’ialistakan Hanrapetut’yun, kependekannya RSS Armenia) atau juga dikenali sebagai Armenia Soviet merupakan salah satu daripada 15 buah republik yang membentuk Kesatuan Soviet pada Disember 1922. Ia juga kadangkala disebut sebagai "Republik Kedua Armenia" dimana gelaran "Republik Pertama" merujuk kepada Republik Demokratik Armenia. Republik ditubuhkan pada Disember 1920, apabila pihak Soviet mengawal secara sementara Republik Demokratik sehinggalah tahun 1991.

Fakta Segera Армянская Советская Социалистическая РеспубликаՀայկական ՍովետականՍոցիալիստական Հանրապետություն, Ibu negara ...
Remove ads

Sebagai sebahagian daripada Kesatuan Soviet, RSS Armenia telah berubah daripada sebuah kawasan pedalaman yang sebahagian besarnya menjalankan aktiviti pertanian kepada pusat pengeluaran perindustrian yang penting. Pada 23 Ogos 1990, nama republik ini berubah kepada Republik Armenia tetapi ia masih kekal dalam Kesatuan Soviet sehinggalah pada 21 September 1991, apabila kemerdekaan telah diisytiharkan. Selepas pembubaran kesatuan itu, pengaruh RSS masih lagi wujud sehinggalah perlembagaan baru diguna pakai pada tahun 1995.

Remove ads

Bacaan lanjut

  • Ensiklopedia Soviet Armenia. Yerevan: Akademi Sains Armenia, 1974–1987, 12 jilid.
  • Matossian, Mary Kilbourne. Kesan Polisi Soviet di Armenia. Leiden: E.J. Brill, 1962, ISBN 0-8305-0081-2.
  • Walker, Christopher J. Armenia: Kelangsungan Hidup Sesebuah Negara. London: Palgrave Macmillan, 1990.

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads