Raja Di-Hilir Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (diputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak) merupakan Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Baginda juga adalah Waris Kedua Kesultanan Perak.
Raja Iskandar Dzurkarnain | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan | |||||||||
Raja Di-Hilir Perak | |||||||||
Pemerintahan | 20 Jun 2014 - kini | ||||||||
Didahului oleh | Raja Jaafar | ||||||||
Raja Kecil Besar Perak | |||||||||
Pemasyhuran | 10 Mac 1998 - 20 Jun 2014 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Izzuddin Iskandar Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Raja Kecil Sulong Perak | |||||||||
Pemasyhuran | 10 Mac 1998 - 18 Mac 2010 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Izzuddin Iskandar Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Raja Kecil Tengah Perak | |||||||||
Pemasyhuran | 11 Mei 1987 - 10 Mac 1998 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Jaafar | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Raja Kecil Bongsu Perak | |||||||||
Pemasyhuran | 3 Februari 1984 - 11 Mei 1987 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Jaafar ll | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Keputeraan | Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Raja Idris Shah 8 Februari 1955 Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak, Malaya | ||||||||
Pasangan | Tunku Soraya (k. 1986) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Siak-Perak Kesultanan Perak (Secara lahir) | ||||||||
Ayahanda | Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah | ||||||||
Bonda | Raja Perempuan Muzwin | ||||||||
Agama | Islam |
Baginda diputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar dan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di London. Baginda berkahwin dengan Tunku Soraya Binti Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diputerikan pada 30 April 1960 di Hospital Besar, Alor Star, Kedah.[perlu rujukan]
Raja Iskandar Dzurkarnain dan Tunku Soraya melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.
Nama | Keputeraan | Tempat keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Mulia Raja Nabil Imran Abdul Aziz | 2 Ogos 1987 | Kedah | 37 tahun dan 1 bulan |
Yang Mulia Raja Idris Shah | 18 Julai 1989 | Kedah | 35 tahun, 1 bulan dan 15 hari |
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah | 12 Jun 1992 | Kedah | 32 tahun, 2 bulan dan 21 hari |
Yang Mulia Raja Safia Azizah | 5 Jun 1996 | Kedah | 28 tahun, 2 bulan dan 28 hari |
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah | 18 November 2000 | Kedah | 23 tahun, 9 bulan dan 15 hari |
Gelaran hormat bagi Raja Iskandar Dzurkarnain | |
Gaya panggilan | Duli Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Raja Di-Hilir |
Nama Penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K., D.K. II (Johor)., D.K.A. II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.
Raja Iskandar Dzurkarnain telah dianugerahkan,
Baginda bersemayam di Istana Firuz yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Ipoh.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.