From Wikipedia, the free encyclopedia
Koninklijke Racing Club Genk ataupun dikenali sebagai Genk merupakan kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Genk. Racing Genk bermain di Liga Pro Belgium dan mereka telah memenangi 3 trofi liga pada 1998–99, 2001–02 dan 2010–11. Kelab ini juga merangkul 4 Piala Belgium. Kelab ini berjaya layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Maccabi Haifa. Genk kemudian di kedudukan ke-4 dengan hanya mengutip empat mata.
Nama penuh | Koninklijke Racing Club Genk | ||
---|---|---|---|
Diasaskan | 1988 (merge)(KFC Winterslag 1923) | ||
Stadium | Cristal Arena, Genk (Kapasiti: 25,000 21,500 (perlawanan UEFA)) | ||
Pengerusi | Herbert Houben | ||
Pengurus | Alex McLeish | ||
Liga | Liga Pro Belgium | ||
2013–14 | Liga Pro Belgium, Ke-6 | ||
|
Kelab ini diasaskan pada 1988 dengan nama Waterschei Thor. Kelab ini antara salah satu kelab paling berjaya di Belgium pada lewat 1990an dan layak ke kejohanan Eropah. Kelab ini berada di divisyen teratas sejak musim 1996-97. Warna utama kelab ini adalah biru dan putih.
Pada 2012, kelab ini telah beruntung sebanyak €28 juta selepas perlawanan Liga Juara-Juara dan juga mereka menjual pemain mereka seperti Thibaut Courtois dan Kevin De Bruyne ke Chelsea tidak termasuk keuntungan €10 juta hasil penjualan Christian Benteke ke Aston Villa.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan KRC Genk |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.