From Wikipedia, the free encyclopedia
Pusing (bahasa Cina: 布先) terletak dalam daerah Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Pusing terletak kira-kira 5km dari Batu Gajah dan 14km dari Ipoh. Penduduk di sini kebanyakan ialah orang Cina yang berketurunan Hakka dan juga Kantonis, tetapi juga terdapat penduduk Melayu serta India dari suku Sikh dan juga Tamil tinggal di Pusing.
Pusing merupakan sebuah pekan yang pernah kaya dengan bijih timah. Perkembangannya disebabkan oleh perlombongan bijih timah, walau bagaimanapun Pusing semakin merosot akibat kejatuhan harga bijih timah semasa tahun 1970-an.
Pekan Pusing menjadi lokasi utama filem Leftenan Adnan bin Saidi kerana deretan dua rumah kedainya masih lagi menyerupai zaman penjajahan Jepun 1941 dahulu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.