Pokémon Red dan Green

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pokémon Red dan Green

Pokémon Red dan Pokémon Green merupakan permainan siri RPG Pokémon yang pertama, diedarkan kali pertama untuk Game Boy di Jepun pada tahun 1996, kemudian diedar ke serata dunia pada tahun 1998 (Amerika Utara) dan 1999 (Eropah dan Australia). Terletak di dunia fantasi Kanto, cerita permainan ini mengikuti perkembangan watak utama dalam usahanya untuk menjadi master dalam perlawanan Pokémon.

Fakta Segera dan Green, Pembangun ...
Pokémon Red dan Green
Thumb
Thumb
PembangunGame Freak
PenerbitNintendo
PengarahSatoshi Tajiri 
PengeluarShigeru Miyamoto 
PerekaSatoshi Tajiri (Pengarah)
Ken Sugimori (Artis)
Pengatur caraJunichi Masuda 
KomposerJunichi Masuda 
SiriPokémon 
PlatformGame Boy, Game Boy Advance (untuk Pokémon FireRed dan LeafGreen)
Pelepasan (Versi Aka dan Midori)
(Versi Ao)


GenreRPG Konsol
ModSeorang pemain, Ramai pemain
Tutup

Pocket Monsters Aka dan Midori telah direka semula untuk Game Boy Advance kepada Pokémon FireRed dan LeafGreen.

Plot

Di permulaan permainan, para pemain boleh memilih Bulbasaur, Charmander atau Squirtle sebagai Pokémon permulaan daripada Professor Oak. Mereka tidak boleh menangkap mana-mana permulaan atau evolusi-evolusi mereka di dunia liar atau menukar di dalam permainan; jadi, untuk menghabiskan Pokédex dengan semua 150 Pokémon, pemain perlulah memaut permainan-permainan dan menukar dengan pemain lain di dunia sebenar. Tujuan asas permainan ini ialah untuk menjadi pelatih terbaik di seluruh Kanto; ini dengan membesarkan Pokémon, mengalahkan kelapan-lapan Ketua Gym untuk Lencana Gym, dan mengalahkan Elite Four dan Jaguh, musuh pemain. Juga, di sepanjang permainan, Pemain perlu melawan Team Rocket, sebuah organisasi penjahat yang menggunakan Pokémon untuk kejahatan, dan akan berdepan dengan ketua mereka, Giovanni.

Penerimaan

Fakta Segera Penerbitan, Markah ...
Pandangan
Penerbitan Markah
IGN
10 daripada 10[1]
GameSpot
8.8 daripada 10[2]
EGM
8.5 daripada 10
Nintendo Power
7.2 daripada 10
Kompilasi pelbagai pandangan
Game Rankings
88 daripada 100 (berdasarkan 14 pandangan)[3]
Tutup

Permainan ini menjadi franchise blokbuster. Pokémon Red, Blue, dan Green telah dijual dalam anggaran 20.08 juta dicampur dengan di Jepun dan Amerika Syarikat.[4][5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.