From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapten Czi. (Selepas mati) Pierre Andries Tendean (lahir 21 Februari 1939 - 1 Oktober 1965) adalah seorang pegawai tentera Indonesia yang merupakan salah satu mangsa Gerakan 30 September pada tahun 1965. Beliau memulakan kerjaya tenteranya dengan menjadi pegawai bahagian risikan dan kemudian dilantik sebagai Pembantu Ketua TNI Abdul Haris Nasution menggantikan ajudan Kapten Kav Adolf Gustaf Manullang kepada Pak Nas, yang mati dalam misi perdamaian di Kongo Afrika pada tahun 1963. Dengan pangkat Leftenan Utama Czi, beliau dinaikkan pangkat ke Kapten secara hormat selepas kematiannya. Tendean dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalibata dan bersama-sama dengan enam lagi mangsa Gerakan 30 September, beliau diisytiharkan sebagai Pahlawan Revolusi Indonesia pada 5 Oktober 1965 oleh Sukarno.[1] Sebelum peristiwa G30S, Tendean adalah sebahagian dari unit risikan di Borneo ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia.[2] Beliau ditukarkan ke Jakarta untuk menjadi pembantu khas kepada Jeneral Abdul Haris Nasution.
Pierre Tendean | |
---|---|
Butiran peribadi | |
Lahir | Batavia, Hindia Belanda | 21 Februari 1939
Meninggal dunia | 1 Oktober 1965 26) Jakarta, Indonesia | (umur
Hubungan | A.L Tendean (Ayah)Cornet M.E (Ibu)Mitze Farre (Abang)Rooswidiati (Adik) |
Alma mater | Akademi Militer (1961) |
Pekerjaan | Tentera |
Anugerah | Pahlawan Revolusi |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Indonesia |
Perkhidmatan/cawangan | TNI Angkatan Darat |
Tahun perkhidmatan | 1962–1965 |
Pangkat | Kapten [Selepas mati) |
Unit | Zeni |
Pangkat terakhirnya adalah Lettu Czi., tetapi karena terkorban di dalam tugas, maka beliau diberikan Kenaikan Pangkat Luar Biasa (KPLB) menjadi Kapten Czi. (Selepas mati). |
Beliau terkorban apabila disalah anggap sebagai Jeneral Abdul Haris Nasution semasa G30S, sedangkan beliau cuma pembantu khas kepada Jeneral Abdul Harris.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.