From Wikipedia, the free encyclopedia
Pesawat siluman merupakan pesawat udara yang menggunakan teknologi siluman supaya tidak dapat dikesan oleh radar, dan juga pesawat yang mempunyai beberapa ciri untuk mengurangkan keterlihatannya dalam spektrum frekuensi radio, visual, audio, dan inframerah. Pada umumnya tujuannya adalah melancarkan serangan selagi dia masih berada di luar pengesanan musuh. F-117 Nighthawk adalah salah satu jenis pesawat siluman yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dalam Perang Teluk.
Pesawat siluman mempunyai kemampuan untuk mengelakkan pengesanan, baik pengesanan secara visual, audio, sensor panas, mahupun gelombang radio (radar).Secara visual, pesawat lebih sukar untuk dilihat bila mempunyai warna yang sama dengan warna latar belakangnya (penyamaran). Secara audio, tentunya berusaha untuk membuat pesawat semakin tenang. Secara sensor panas, pesawat biasanya dikesan dari panas yang timbul dari badannya atau daripada suhu udara di sekelilingnya.
Bahagian paling panas dari pesawat adalah saluran buangan udara mesin atau exhaust dan leading edge (bahagian pesawat yang pertama membelah udara). Haba dari exhaust boleh dikurangkan dengan cara mencampurkan semburan mesin dengan udara sejuk dari luar badan pesawat sebelum dihembuskan keluar pesawat dan memanjangkan paip exhaust (seperti A-4 Skyhawk Indonesia yang mempunyai exhaust lebih panjang dibanding versi piawai). Bahagian exhaust ini biasanya dikejar oleh peluru berpandu anti-pesawat dengan sensor inframerah. Akan tetapi peluru berpandu carian panas moden kini juga mempunyai keupayaan untuk mengesan dan mengejar panas yang dihasilkan akibat pergeseran permukaan badan pesawat dengan udara.
Pengesanan secara gelombang radio adalah dengan cara menghalang gelombang radio dari radar tidak terpantul dari badan pesawat dan kembali ke radar. Gelombang radio tersebut boleh diserap jika badan pesawat bersalut RAM (Radar Absorbent Material), dipantulkan ke arah lain, atau dalam apa-apa sehingga gelombang tersebut menjadi hilang atau saling meniadakan (hal inilah yang mendasari bentuk pesawat siluman yang mempunyai bentuk yang lain dari pesawat biasa atau agak aneh ).
Pesawat siluman biasanya tidak 100% tidak dikesan radar. Tetapi kerana mempunyai RCS (Radar Cross Section) yang kecil maka di skrin radar hanya kelihatan sebesar gerombolan burung, bukan pesawat.
Pembangunan pesawat siluman mungkin sekali bermula di Jerman semasa Perang Dunia Kedua[1] atas perintah Adolf Hitler. Pesawat ini menggunakan dua enjin turbo jet dengan badan diperbuat daripada kayu lapis. Namun berdasarkan dokumen yang ditemui, pesawat ini masih dalam peringkat prototaip dan belum sempat dihasilkan secara besar-besaran oleh Jerman. Pesawat ini ditemui oleh askar sekutu di sebuah hangar pesawat yang ditinggalkan pasukan Jerman sesaat setelah Jerman menyerah kepada sekutu. Pesawat ini kemudian dibawa ke Amerika Syarikat. Selanjutnya, pada masa perang dingin pesawat siluman dicuba dibangunkan oleh seorang saintis Rusia, pada tahun 1966 oleh Dr. Pyotr Ufimtsevmelalui sebuah kertas kerja yang berjudul method of edge waves in the physical theory diffraction (Kaedah Gelombang Tepian dalam Teori Fizikal Difraksi) yang merupakan kertas kerja yang cukup panjang namun tidak bertele-tele yang diterbitkan oleh salah satu media di Moscow pada tahun 1966. namun kertas kerja ini tidak mendapat sambutan yang hangat oleh para ahli di sana, kerana banyak isi kandungannya yang tidak boleh dicerna oleh akal yang sihat. Padahal Ufimtsev adalah ahli yang berpengalaman dalam Institut Kejuruteraan Radio Moscow.
Maklumat yang berkembang mengatakan bahawa idea murni Ufimtsev berupa rumusan pelumpuhan radar dan rangkaian kerjanya diambil dari kesimpulan mentah ahli Inggeris James Clerk Maxwell pada abad ke-19 di mana selepas diramu berkali-kali ditambah dengan hujah bersepadu, Ufimtsev mengkalkulasikan cara-cara baru, yakni membentuk ruang bentuk geometri khusus yang mencerminkan sinaran elektromagnet. Dengan mencipta pengiraan silang sebuah radar yang mudah dilumpuhkan. Ia menetapkan formula konfigurasi bersisi dua dimensi, berupa tata cara remeh-temeh komponendalam sebuah radar. Hasilnya, radar boleh terganggu bila dikelirukan dengan sinar dua dimensi tadi. Sinar itu sebenarnya masih belum cukup tetapi jika dikira secara teliti dari situ boleh dicipta pesawat tiga dimensi yang sukar dikesan radar.
Secara teorinya, banyak sekali kekuatan untuk melumpuhkan stealth, namun diperlukan sangat banyak rangkaian komputer yang bekerja sangat cepat. Persisnya seperti mengamati bola dengan menggunakan teropong di mana boleh dilokalisasi namun jangan harap boleh menjejaknya sehingga ibarat bola yang dimainkan, para pemain sudah menggiring bola entah ke mana dan tidak mungkin menembak bola yang terbang entah ke mana arahnya dengan senapang angin.
Pada tahun 1979, Rusia membangunkan satu pesawat intai dan dari uji coba ternyata berjaya mengelirukan radar anti pesawat terbang Amerika Syarikat di padang pasir Nevada.
Pada tahun 1976, salinan tersebut akhirnya bocor dan jatuh ke tangan Amerika Syarikat, lantas dialihbahasakan oleh bahagian teknologi Tentera Udara Amerika. Secara rutin, para ahli di Tentera Udara menjabarkan, menganalisis dan membangunkan teknologi siluman tersebut. Di antaranya berupa pesawat mata-mata SR-71 Blackbird, F-117 Nighthawk dan B-2 Spirit.
Pada prinsipnya, supaya pesawat tersebut menjadi siluman (stealth) dengan cara memperkecil Radar Cross Section (RCS) yang tampak pada Radar. Langkah yang dilakukan adalah membuat reka bentuk pesawat tersebut sedemikian rupa sehingga permukaan-permukaan pesawat sekecil mungkin memantulkan tenaga yang dipancarkan radar untuk ditangkap kembali oleh antena radar. Bahkan bila perlu bentuk pesawat tersebut sama sekali tidak mencerminkan tenaga radar. Walaupun dipantulkan, diusahakan agar pantulan tenaga radar tersebut diarahkan ke arah lain sehingga jika ada yang tertangkap kembali, paling tidak hanya sebahagian kecil sahaja. Untuk itu, maka bentuk pesawat dibuat aneh tidak seperti biasanya. Seperti contoh, bentuk pesawat B-2 yang mempunyai rentang yang sama panjangnya dengan rentang pesawat DC-10 namun bentuknya dibuat pipih dan melengkung di bahagian tengah badannya. Dengan bentuk demikian, disamping cepat rambat pancaran radar diperlambat juga memberikan kesan pantulan ke segala arah.
Bentuk sayap pesawat juga mempengaruhi pantulan pancaran tenaga radar. Bentuk sayap pesawat lama yang lurus ke samping misalnya memberikan pantulan yang sempurna sehingga pesawat ini mudah dikesan. pada skrin monitor, titik RCS pesawat-pesawat itu kelihatan besar.
Melihat kenyataan demikian, kemudian orang membuat sayap sayung kebelakang, memang memperkecil pantulan namun tidak memuaskan kerana RCS semakin besar, maka dibuatlah delta yang membuat sebahagian besar pancaran radar yang mengenai sayap itu, sebahagian besar dibuang ke arah lain. Kemudian dibuat sayap dengan bentuk sabit seperti yang dimiliki pesawat-pesawat generasi seterusnya. Dengan membuat lengkungan pada bahagian sayap, leading edge, maka pantulan ke arah lain semakin sempurna.
Reka bentuk lain adalah membentuk pesawat bersegi-segi kubustik seperti bentuk mata faset, seperti pada mata capungdimana bentuk ini dapat dilihat pada pesawat F-117. Bentuk tersebut juga ditemui pada helikopter pada generasi 1980-1990-an seperti pada AH-1 Cobra, dan AH-64 Apache sehingga pantulan radar tidak kembali ke antena radar.
Kemudian umumnya reka bentuk pesawat stealth tidak mengizinkan adanya pylon atau penggantung peluru berpandu dan roket yang digantungkan pada badan dan sayap pesawat seperti yang dijumpai pada pesawat umumnya. Sehingga peluru berpandu ditempatkan pada rak-bom (bomb bay) khusus.
Cara lain yakni dengan menggunakan bahan khusus yang dikenali sebagai RAM (Radar Anti material) yang merupakan bahan penyerap tenaga pancaran radar. Bahan-bahan tersebut antara lain komposit berupa graphyte epoxy daripada karbon. Kerana bahan itulah, maka tenaga radar tidak terpantul.
Walaupun demikian, rancangan tersebut tetap tidak sempurna untuk mengelabui radar. Sebagai contoh pesawat siluman F-117 Nighthawk berjaya ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara SA-2 Guideline milik Serbia ketika operasi udara NATO pada tahun 1999 semasa Perang Kosovo.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.