Pertempuran Mohács (Hungary: mohácsi csata atau mohácsi vész, Turki: Mohaç savaşı atau Mohaç meydan savaşı) adalah satu pertempuran yang berlaku pada 29 Ogos, 1526 berdekatan Mohács, Hungary. Dalam pertempuran ini, pasukan tentera dari Hungary yang diketuai oleh Raja Lajos II dari Hungary telah dikalahkan oleh tentera empayar Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni.

Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Pertempuran Mohács
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Eropah dan Perang Hungary-Uthmaniyyah
Thumb
Pertempuran Mohács pada tahun 1526 oleh Bertalan Székely
Tarikh29 Ogos, 1526
Lokasi
Mohács, Baranya, di selatan Budapest, Hungary
Keputusan Kemenangan muktamad Uthmaniyah; Penamat Perang Hungary-Uthmaniyah, Permulaan Perang Habsburg-Uthmaniyah
Pihak yang terlibat
 Empayar Uthmaniyah Kerajaan Hungary
Croatia
Kerajaan Bohemia
 Empayar Suci Rom
Negeri-Negeri Paus
Kerajaan Poland
Komandan dan pemimpin
Sulaiman I


Kekuatan

~55,000-65,000

  • 45,000 tentera tetap
  • 10,000 tentera kerahan
  • 160 meriam
~35,000-40,000 (realitinya 26,000 tiba) meriam (85 pada awalnya) dan arquebusier
10,000 János Szapolyai[1][2], 5,000 tentera Frankopan Croatia dan tidak kesemua pasukan Bohemia tiba di medan pertempuran pada masa yang diperlukan.
Kerugian dan korban
1,500 ~ 14,000 hingga 20,000
Tutup

Kejayaan Uthmaniyah menyebabkan pepecahan Hungary untuk selama beberapa kurun di antara empayar Uthmaniyah, monarki Habsburg dari Austria dan prinsipaliti Transylvania. Kematian Lajos II semasa menyelamatkan diri dari pertempuran menjadi penamat kepada dinasti Jagiellon, yang mana dinasti ini kemudian disatukan oleh Habsburg melalui perkahwinan dengan adik perempuan Louis.

Latar belakang

Kejatuhan kuasa diraja (1490-1526)

Peristiwa di Eropah, dan persekutuan Perancis-Uthmaniyyah

Raja Francis I dari Perancis telah dikalahkan dalam Pertempuran Pavia pada 24 Februari 1525 oleh pasukan tentera Maharaja Suci Rom Habsburg, Charles V. Selepas beberapa bulan dipenjarakan, Francis I telah dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Madrid.

Dalam satu titik perubahan dalam diplomasi Eropah, Francis mencapai persefahaman dengan empayar Uthmaniyah, yang mana menghasilkan sebuah Persekutuan Perancis-Uthmaniyah secara rasmi. Tujuan Francis I adalah jelas iaitu mencari sebuah sekutu untuk menentang Mahajara Habsburg yang berkuasa iaitu Charles V, melalui Sultan Uthmaniyah, Suleiman Yang Mengagumkan. Persekutuan dalam strategi dan taktikal antara Perancis-Uthmaniyah berlangsung sekitar tiga kurun.[3] Ia bagaimanapun menyebabkan sebuah skandal dalam dunia Kristian.

Bagi melepaskan tekanan Habsburg ke atas Peraancis, Francis meminta Suleiman untuk berperang dengan Empayar Rom Suci, dan jalan daripada Turki ke Empayar Suci Rom adalah melalui Hungary. Permintaan raja Perancis ini secara kebetulan selari dengan cita-cita Suleiman di Eropah dan memberi beliau imbuhan untuk menyerang Hungary pada tahun 1526, yang mana mencetuskan Pertempuran Mohács.[3]

Persediaan

Pertempuran

Selepas kejadian

Tinggalan

Lihat juga

  • Uthmaniyyah: Maharaja Muslim Eropah

Nota

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.