From Wikipedia, the free encyclopedia
Perjanjian Belfast (Ireland: Comhaontú Bhéal Feirste , bahasa Inggeris: Belfast Agreement ) umumnya disebut Perjanjian Jumaat Agung [atau Jumaat Suci] (Ireland: Comhaontú Aoine an Chéasta , bahasa Inggeris: Good Friday Agreement ) merupakan suatu perkembangan utama dalam proses perdamaian Ireland Utara. Perjanjian ini terdiri daripada dua dokumen saling berkaitan yang dipersetujui di Belfast pada keraian Jumaat Agung, 10 April 1998:
Perjanjian ini menetapkan beberapa set peruntukan rumit yang meliputi beberapa bidang termasukla:
Isu-isu berkaitan kedaulatan, hak umum dan hak budaya, pelucutan senjata paramiliter, pengurangan kuasa tentera, hal keadilan dan hal polis ditumpukan dalam perjanjian ini.
Perjanjian ini diterima para pengundi seluruh pulau Ireland melalui dua buah referendum yang dilangsungkan pada 22 Mei 1998; para pengundi di Ireland Utara ditanya sama ada bersetuju dengan perjanjian pelbagai parti ini. manakala pengundi di Republik Ireland ditanya sama ada kebenaran bileh diberi kepada penandatangan perjanjian serta perubahan kepada perlembagaan Ireland dapat dilakukan untuk memudahkan penandatangan tersebut.
Perjanjian ini dikuatkuasakan dengan bantuan Perdana Menteri Tony Blair pada 2 Disember 1999.[1][2] Parti Kesatuan Demokratik merupakan satu-satunya parti politik utama di Ireland Utara yang membangkang perjanjian ini.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.